Header Ads

Majlis Tunang Kelam Kabut Petanda Sufian- Elfira Takkan Kekal Lama

loading...
Bapa Elfira Sudah Jangka Hubungan Anaknya & Sufian Takkan Lama:



                           

Seperti bom yang meletus! Itulah yang terjadi apabila netizen terus mempersoalkan tindakan ibubapa Elfira Loy yang ketika ini seperti ‘bersuara’ mengenai isu putus tunang anak mereka dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Giliran Bapa Elfira Bersuara


Selepas ibu Elfira Loy yang baru-baru ini kerap kali memuat naik status di Instagram nya, kali ini giliran bapanya, Ahmad Sabri Ariffin pula bersuara. Sabri memberitahu ketika majlis pertunangan berlangsung, hati kecilnya seperti merasakan akan ada sesuatu yang tidak kena.
“Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut”

Majlis Pertunangan Kelam Kabut



Malah menurut Sabri,perjalanan majlis juga tidak berjalan lancar seperti yang dirancang seolah memberi petanda tidak baik tentang hubungan mereka.
“Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri. Kira-kira dua bulan selepas bertunang saya berbincang dengan ibu Elfira untuk tidak meneruskan hubungan mereka”
Namun begitu tambah Sabri, wang hantaran bukanlah punca mengapa anaknya itu putus tunang meskipun isterinya sendiri membangkitkan soal wang hantaran baru-baru ini. Jelasnya pihak keluarganya juga tidak pernah meminta-minta tentang wang hantaran sebelum ini.


Suka untuk kami imbas kembali terdahulu pihak Elfira yang meminta pihak Sufian untuk tidak memberikan sebarang kenyataan namun kini terlihat pula pihak Elfira seperti sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar punca terjadi.

                                

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.