Mahu Anak Petah Bercakap Seperti Aaisyah ? Che Ta Kongsikan Caranya

Mahu Anak Petah Bercakap Seperti Aaisyah ? Che Ta Kongsikan Caranya

Loading...
Mahu Anak Petah Bercakap Seperti Aaisyah ? Che Ta Kongsikan Caranya

Ramai netizen suka tengok gelagat si comel Aaisyah anak Che Ta yang petah bercakap dan senang bergaul. Sejak bayi lagi kehadiran Aaisyah mendapat perhatian daripada ramai peminat.
Dengan wajah comel dan pelbagai keletahnya yang lucu dan suka meniru aksi orang dewasa terutamanya bab bermekap dan melawa, kehadiran video Aaisyah di laman Instagram Che Ta dinantikan ramai pengikutnya.
Walaupun Che Ta yang ditemubual semasa majlis pelancaran pelantikan dirinya sebagai duta produk serum Nell Aesthetica, mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah.

Ini bukan bermakna dia tidak meluangkan masa bersama si kecil tetapi ketika bersama anak, Che Ta memberitahu dia tak sempat nak merakamkan semua aktiviti yang dia buat bersama Aaisyah.

Katanya juga masa buat aktiviti dengan anak dia tak nak pegang handphone sebaliknya lebih memberi fokus pada Aaisyah.

Che Ta juga tak kisah dengan kata-kata sesetengah netizen yang mempertikaikan kegemaran anaknya yang suka bermekap dan bermain alat solek.
“Celik mata sejak baby lagi dia tengok mak dia tengah mekap je, so dia pun terikut la suka meniru kita,” ujar Che Ta ketika diajukan persoalan tersebut.

Aaisyah Petah Bercakap

Seronok melihat Aaisyah yang petah bercakap dan banyak soalan yang keluar dari mulut comel tersebut.
Selain petah bercakap, tutur percakapannya juga tidak pelat sama sekali bahkan dia juga seorang kanak-kanak yang periang, peramah dan mempunyai kemahiran sosial yang bagus.
Kalau diperhatikan, memang sejak Aaisyah bayi lagi Che Ta sudah membiasakan anaknya bergaul dengan ramai orang termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri.
Bahkan Che Ta juga seorang ibu yang banyak memberi pendedahan dan peluang kepada anaknya untuk bereksplorasi dengan persekitarannya.

Jika mengikut kaedah merangsang perkembangan anak dari sudut pendidikan awal kanak-kanak, Che Ta telah melakukan cara yang betul dengan tidak pernah memaksa anaknya untuk belajar membaca dan menulis dengan cepat.
Membiarkan anak mahir dengan survival skill terlebih dahulu sebelum mengajarnya membaca dan menulis adalah cara yang tepat kerana tidak mengganggu proses perkembangan anak mengikut fasa yang betul.

Sekarang Aaisyah Dah Ke Tadika

Walaupun kelihatan sibuk bermekap dan menyanyi tetapi Aaisyah juga sama seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. Walaupun sibuk dengan urusan kerjayanya, Che Ta tetap menyediakan masa untuk Aaisyah belajar mengaji dengan memanggil ustazah datang mengajar.
Ramai juga netizen yang bertanya mengapa Che Ta tidak bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Aaisyah seperti kebanyakan anak selebriti lain.
“Aaisyah kat rumah cakap banyak bahasa. Dengan maid dia cakap bahasa Indonesia tapi abang-abang dia memang cakap English dengan dia cuma dia je tak nak balas cakap English tapi dia faham. Sekarang dia dok sibuk nak cakap Cina pulak sejak dah masuk tadika Cina,” cerita Che Ta yang menghantar Aaisyah ke tadika bahasa Mandarin.

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini