Breaking News

[LIVE VIDEO] Majlis Aqiqah & Tahnik Fatimah Az-Zahra Dan Pengumuman Nama Anak

Loading...
loading...
[LIVE VIDEO] Majlis Aqiqah & Tahnik Fatimah Az-Zahra Dan Pengumuman Nama Anak
[LIVE VIDEO] Majlis Aqiqah & Tahnik Fatimah Az-Zahra:


Sekitar majlis Akikah dan Tahnik puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Menariknya di majlis ini, bukan sahaja tetamu yang hadir dapat meilhat gelagat puteri kesayangan ramai ini tetapi nama si comel pipi merah ini akan diumumkan juga.

Majlis yang dilakukan di kediaman peribadi Siti dan suami ini telah dihadiri oleh kenalan-kenalan serta rakan media terdekat sahaja.

Nama anak Siti...Siti Aafiyah..sama dengan nama cucu saya Aafiyah Zuleykha

Petang tadi, penantian orang ramai terutama para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menatap wajah anak perempuan penyanyi itu tercapai apabila, Siti Nurhaliza memuatnaik naik wajah anaknya kepada umum pada umurnya mencecah satu mingga atau 7 hari.

Siti Nurhaliza sememangnya telah menunaikan janjinya untuk memperlihatkan wajah anaknya itu kepada umum pada hari ke-7.

Di sebelah malam pula, teka teki nama anak perempuan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid akhirnya berakhir hari ini.

Pasangan suami isteri ini telah memilih nama Siti Aafiyah sebagai nama anak sulung hasil perkahwinan mereka berdua.

Pengumuman itu dibuat oleh Siti Nurhaliza dan suaminya dalam satu majlis khas buat puterinya itu.

Majlis yang diadakan ialah majlis Majlis Maulid NABI, Aqiqah dan Tahnik Puteri  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Majlis ini bermula sekitar jam 9.15 malam tadi di kediaman Datuk Seri Khalid Jiwa dan dihadiri teman rapat dan ahli keluarga.

Satu siaran video secara langsung telah dibuat di laman media sosial milik Siti Nurhaliza dan mendapat tontonan yang amat banyak.

Setiap waktu, kira-kira 30 ribu orang telah menonton video siaran langsung majlis yang dibuat khas untuk puteri Siti Nurhaliza ini. 

Memang ramai yang menunggu penuh sebaranan untuk melihat wajah anak Siti Nurhaliza yang teramat comel ini.

Anak kecil ini pada mulanya diberi nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra oleh Datuk Khalid.  


Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018, jam 8.17am dengan berat 3.55kg di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur secara pembedahan Caserean Section.

Kedua-dua ibu dan anak ini telah dibenarkan pulang ke ruma beberapa ahri yang lalu setelah Siti Nurhaliza kembali sembuh sepenuh dari pendarahan yang dialami akibat dari pembedahan.

Syukur alhamdulillah semua selamat. Tahniah buat Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. 

Sumber: Laman Media Sosial Siti Nurhaliza





Tiada ulasan

jerit kat sini