Lelaki Ini Menghampiri Seekor Kucing Jalanan & Dia Terkejut Dengan ‘Permintaan’ Kucing Itu

Lelaki Ini Menghampiri Seekor Kucing Jalanan & Dia Terkejut Dengan ‘Permintaan’ Kucing Itu

Loading...
Lelaki Ini Menghampiri Seekor Kucing Jalanan & Dia Terkejut Dengan ‘Permintaan’ Kucing Itu:
Seorang lelaki ini cuba menghampiri seekor kucing jalanan, Namun dia terkejut dengan permintaan dari kucing tersebut..Ada video.. ����

Capture-38.jpg

Lelaki Ini Menghampiri Seekor Kucing Jalanan & Dia Terkejut Dengan ‘Permintaan’ Kucing Itu |  – Setiap individu akan melalui pengalaman yang berbeza semasa percutian. Ada pengalaman yang menyeronokkan dan ada juga pengalaman yang akan memberikan pengajaran seumur hidup kepada kita.

Bukan sahaja itu, kita juga akan bertemu dengan ramai kenalan baru serta belajar beberapa perkara tentang kebudayaan sesebuah masyarakat, sejarah lokasi yang kita pergi dan sebagainya.

Pengguna Instagram yang bernama korochkin.denis telah mengunjungi dan mengembara ke Kotor, Montenegro beberapa hari yang lalu dan telah mengalami satu pengalaman yang luar biasa dengan seekor kucing jalanan di sana.

1-3.png

Instagram

Tanpa disangka-sangka, korochkin.denis berjaya membentuk satu perhubungan yang baru bersama kucing tersebut.

Pada awalnya, kucing dewasa berbulu jingga, kelabu dan putih ini menghampirinya sambil merenung botol minuman yang sedang dipegang oleh korochkin.denis.

2-2.png

Instagram

Setelah lama kucing ini merenung, korochkin.denis seolah-olah memahami apa yang dihajati oleh kucing comel itu. Jadi, sebaik sahaja korochkin.denis membuka penutup botol air, kucing ini terus memegang tangannya seolah-olah berkata:

“Boleh awak beri saya sedikit air? Saya sudah lama tidak minum air yang bersih dan segar.”

3-1.png

Instagram

Menyedari dan memahami apa yang dimahukan oleh kucing itu, korochkin.denis segera menuang sedikit air di tapak tangannya.

Lantaran itu, kucing yang kehausan ini terus menjilat-jilat air di dalam telapak tangan korochkin.denis. Haus sungguh kucing ini ya? Kasihannya…

4-1.png

Instagram

Setelah habis dijilatnya kesemua saki-baki air, korochkin.denis kemudian menuang lagi air ke tapak tangannya untuk diberikan kepada kucing yang manja itu.

Nasib baik ada korochkin.denis di situ. Rupa-rupanya, dia sememangnya seorang yang menyayangi haiwan. Oleh itu, setiap kali dia pergi bercuti, dia pasti akan menghampiri haiwan-haiwan terbiar dan membantu mereka dari pelbagai segi seperti memberikan makanan dan belaian kasih sayang.
Tonton video di bawah :


Catat Ulasan

0 Ulasan