Kerana Suami Berperangai Sama Macam Bapa,Menantu Donald Trump Mohon Cerai

Kerana Suami Berperangai Sama Macam Bapa,Menantu Donald Trump Mohon Cerai

Loading...
Kerana Suami Berperangai Sama Macam Bapa,Menantu Donald Trump Mohon Cerai

VANESSA (kanan) memfailkan perceraian tanpa menuntut sebarang hak penjagaan dan aset daripada Donald Trump Jr. - AGENSI


NEW YORK – Isteri Donald Trump Jr. yang merupakan anak lelaki sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump bertindak memfailkan perceraian di New York kelmarin, demikian menurut media tempatan.

 Vanessa Trump berkahwin dengan Donald Jr. pada bulan November 2005. Pasangan berusia 40 tahun itu mempunyai lima orang anak yang berumur antara tiga hingga 10 tahun.


Menurut media tempatan, Vanessa yang merupakan bekas model, memfailkan perceraian tanpa tuntutan membabitkan hak penjagaan anak dan harta sepencarian.
Organisasi Trump masih belum memberikan sebarang komen balas berhubung perkara tersebut.


Beberapa minggu lalu, tabloid The New York Post melaporkan bahawa rumah tangga pasangan itu bergolak kerana Donald Jr. kerap bekerja di luar daerah dan aktif di media sosial Twitter, sama seperti bapanya.

Pada pertengahan Februari lalu, Vanessa yang kebiasaannya mengelak daripada menjadi tumpuan media, menjadi tajuk utama akhbar selepas membuka sepucuk surat mengandungi serbuk putih misteri yang dihantar kepada suaminya.

Walaupun serbuk tersebut disahkan tidak berbahaya, Vanessa dan ibunya yang berada di tempat kejadian telah dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Catat Ulasan

0 Ulasan