Kenapa Gambar Berkumpulan Pelajar Universiti Ini Tular?

Kenapa Gambar Berkumpulan Pelajar Universiti Ini Tular?

Loading...
Kenapa Gambar Berkumpulan Pelajar Universiti Ini Tular?

PELAJAR-pelajar universiti ini merakamkan gambar berkumpulan yang menakjubkan!

Mereka mengambil gambar di Pergunungan Alp Switzerland pada ketinggian 8,000 kaki dengan 14 pelajar duduk di atas batu pada sudut menegak 90 darjah.

Kumpulan pelajar dari University of Applied Sciences and Arts of Western Switzerland ini memilih lokasi yang indah berhampiran puncak Pierre Avoi, timur Geneva untuk bergambar dalam keadaan menentang graviti.




-foto HES-SO Valais-Wallis

Kumpulan pelajar tersebut lalu di laluan sukar pada jarak kira-kira 2,400 meter sehingga mereka sampai ke puncak.

Mereka yang masih remaja telah berlatih menyusuri bahagian tepi bangunan empat tingkat sekolah di Sierre, untuk menuruni laluan berbatu sehingga mereka sampai ke lokasi indah di banjaran gunung tersebut.

Drone digunakan untuk merakamkan usaha mereka itu dalam menghasilkan gambar yang mengagumkan.




-foto HES-SO Valais-Wallis

Sebuah helikopter menurunkan bangku kayu supaya pelajar dapat duduk untuk bergambar bersama papan tanda yang tertera nama universiti.

Mereka naik ke gunung diiringi beberapa malim dan empat kru kamera.

Menyiarkan video dan gambar itu di Facebook, universiti itu menulis: "Empat belas pelajar dari universiti kami menyahut cabaran kelas tertinggi di Switzerland.
"Tahniah kepada mereka!" -mirrorUK

Catat Ulasan

0 Ulasan