Izreen Azminda Aktifkan Semula Instagram, Ini Caption Pertama Izreen..

Izreen Azminda Aktifkan Semula Instagram, Ini Caption Pertama Izreen..

Loading...
AKHIRNYA Izreen Azminda Kembali Aktifkan Instagram, Ini Caption Pertama Izreen..:

Izren%2BIG.jpg
 
Terpalit dengan kontroversi yang amat sensasi sehinggakan dirinya dikecam hebat, pelakon Izreen Azminda mengambil keputusan untuk menyah-aktifkan laman Instagramnya.

Walaupun sebelum ini ada mengatakan hanya ingin extend masjid perkahwinan Ude Wahid dan Intan Liana, namun Izreen Azminda dituduh sebagai punca kepada keruntuhan masjid yang dibina oleh Ude Wahida dan juga Intan Liana.

Dihentam dan dikecam secara bertubi-tubi, pelakon berasal dari Perlis ni akhirnya telah menutup laman Instagramnya.

Setelah kes penceraian antara suaminya dan isteri pertama telahpun selesai, hari ini, Izreen Azminda akhirnya kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya.

Pelakon ini telah memuatnaik foto dirinya dengan caption ini:

"SMILE THINGS ARE WORKING OUT"

Foto ini telah menerima lebih dari 10 ribu tanda suka (likes). Namun Izreen Azminda masih belum membenarkan para pelayar Instagramnya untuk menulis komen. Ruang komen di gambarnya masih ditutup.

Kemudiannya, Izreen Azminda juga ada memuatnaik Insta Story yang berbunyi bergini:

"Happiness is in the heart, not in the circumstances.. What ever it is, Allah is teh best planner dan tahu segalanya."



izreen%2Bazminda.jpg

Sementara itu kelab peminat Izreen Azminda ternyata gembira dengan kehadiran semula pelakon kesayangan mereka di laman sosial Instagram.

Melalui laman IG @izreenazmindafc, mereka mengalu-alukan Izreen Azminda kembali aktif di Instagram.

Selain itu, akaun IG milik suami Izreen Azminda iaitu Ude Wahid masih lagi belum aktif dan masih ditutup.

Sebelum ini, apabila Izreen Azminda menutup IG dan juga ruangan komen, rata-rata netizen yang marah telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Izreen di laman IG yang lain termasuk produk yang mana Izreen menajdi duta dan juga rakannya iaitu Rita Rudaini.

Rita Rudaini kemudian meluahkan rasa kecewa apabila terpalit sama dengan kontroversi ini melalui rancangan Melodi.

Sumber: IG Izreen Azminda.

Catat Ulasan

0 Ulasan