Header Ads

Ibu Kongsi Tips Dapatkan Bayi SeComel Dhuha Sophea

loading...
Ibu Kongsi Tips Dapatkan Bayi SeComel Dhuha Sophea
Walaupun tinggal jauh di Sweden namun dia tular di laman sosial negara ini gara-gara kecomelannya.

Dengan kulit yang putih, mata yang bulat dan serta bulu mata lentik ramai netizen terutama wanita geram dan tak puas melihat Dhuhaa Sophea Stumbrys yang berusia sembilan bulan ini.

Sebagai ibu kepada bayi yang tular ini Siti Safuraa Hamzah turut terima tempiasnya. Cerita anak kelahiran Besut Terengganu yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Rusia ini selain pengikut di media sosial bertambah, dia juga menerima banyak pertanyaan.

             

Namun katanya soalan paling ‘hot’ atau kerap ditanya terutama para ibu adalah apa amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga lahir anak yang comel.

“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi, di ruangan komen termasuk ketika buat live.

“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami.

“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar Rahman.

“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah tu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.

“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa agar Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,”ujarnya yang tinggal di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan Asadullah.

Suami tak berapa suka tapi akur akhirnya

Meski bukan selebriti namun Siti Safuraa & suami, Asadullah Stumbrys, 33 sudah dapat menerima perhatian yang diberikan terhadap anaknya.

Ini kerana di Sweden sendiri ke mana saja Dhuhaa pergi dia selalu menjadi tarikan orang sekeliling yang melihat dirinya.

“Mana-mana kami bawa memang akan ramai memandang dan menegur dia. Malah ada juga yang nak ambil gambar.

“Baru-baru ini kami ke Lithuania ke rumah mentua. Situasinya pun sama, memang banyak mata yang memandang dia dan berbisik. Kata mentua mereka suka lihat Dhuhaa,”ujar Siti Safuraa ketika dihubungi.

Bercerita penerimaan suami terhadap reaksi netizen di Malaysia kepada Dhuhaa jelas Siti Safuraa walaupun awalnya kurang senang bila dia memuat naik gambar anak tapi akhirnya suami dapat menerima dan terbiasa dengan keadaan tersebut.

“Peringkat awal suami memang tak berapa suka saya muat naik gambar Dhuhaa di instagram sebab dia bukan jenis yang terbuka. Suami saya tiada akaun Facebook atau instagram.


“Dia tak berminat untuk bersosial dengan cara ini. Tapi lama kelamaan dia macam dah redha sebab isterinya memang suka dan aktif di media sosial.

“Tapi saya pastikan perkongsian yang dibuat tidak berlebihan atau menonjol. Suami juga dah terbiasa Dhuhaa jadi perhatian. Dia sendiri alaminya di sini bila orang selalu tegur dan nak ambil gambar anaknya.

“Cuma kami sendiri pun kena hati-hati, takut juga berlaku perkara yang tak elok,”luahnya yang menyambut hari raya di Sweden.

Tak mahu anak jadi model

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin juga Dhuhaa mewarisi potensi ibu yang dulu pernah menjadi model.

Menyentuh tentang perkara ini kata Siti Safuraa, soal masa depan memang tidak boleh dijangka namun dia cuba mengelak anak ke arah itu.

“Dia masih kecil tapi kalau boleh saya cuba elakkan dia untuk ke arah itu melainkan kalau itu memang dah rezeki dia. Saya memang tak simpan hasrat untuk dia ceburi bidang modelling.”

Bercerita tentang Dhuhaa lagi, katanya yang menyambut hari raya Aidilfitri di Sweden, meskipun manja namun anak sulungnya itu cukup senang diurus.

“Alhamdulillah dia jenis yang tak banyak ragam melainkan jika dia betul-betul penat atau tidurnya terganggu.

“Kalau semuanya ok, dia tak meragam. Saya boleh buat kerja dan dia tak kacau pun,”ujarnya.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.