Header Ads

‘Hodoh Sangatkah Saya Ibu?’

loading...

‘Hodoh Sangatkah Saya Ibu?’
Rakan-rakannya selalu mengejek rupa parasnya. Kanak-kanak mangsa buli ini luah perasaan dan video itu jadi viral dan ditonton sebanyak 16 juta kali sehingga mendapat perhatian artis terkemuka.

Rayuan Mangsa Buli

Keaton Jones merayu untuk tidak lagi dibuli telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial Facebook dan Twitter. -Facebook @KimberlyJones

WALAUPUN tidak mempunyai wajah yang normal, seorang budak lelaki dari Knoxville, Tennessee, mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya?

Satu rakaman video menyayat hati seorang budak lelaki itu meminta untuk tidak lagi dibuli telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial Facebook dan Twitter.

Video tersebut menunjukkan, Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones, mengapa dia sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli, hodoh sangatkah hidung dan buruk sangatkah wajah saya? tanyanya.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, “mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus,” katanya.

Ditonton 16 Juta Kali Dimedia Sosial

Rakaman video yang telah dikongsi oleh ibunya, Kimberly Jones di laman media sosial Facebook telah ditonton lebih 16 juta kali.

“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah.

“Manusia yang berbeza daripada normal seperti saya tidak sepatutnya dibuli, bukan salah kami dijadikan sebegini rupa. Kami sepatutnya tidak dikritik.

“Walaupun dilakukan sedemikian, saya berharap rakan-rakan lain yang dibuli seperti ini untuk terus bertahan. Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut.

Tarik Perhatian Artis Terkemuka

Rakaman video tersebut turut menarik perhatian ramai bintang terkemuka antarabangsa seperti bintang hip hop Snoop Dogg, Chris Brown, Patrick J Adams dan Miley Bobby Brown.

                               

Sumber: Instagram @chrisbrownofficial

Mereka terus menyokong dengan memberi kata-kata semangat kepada Keaton dan memohon agar perbuatan membuli dihentikan.

Tonton video Luahannya dibawah :

Sumber : DailyMail
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.