Tony Ferguson, 33, berkata, dia berjaya merakam hantu Frances Fanny Nelson, isteri kepada Laksamana Horatio Nelson itu ketika menerokai kapal itu pada waktu siang.
Klip video itu menunjukkan kelibat wanita tersebut memakai gaun labuh dan kasut tumit tinggi sambil berjalan melalui ruang atas kapal perang tersebut.

“Saya tiba di dalam kapal HMS Victory pada waktu pagi dan ketika melihat sekitar kawasan itu, saya terasa seperti diekori seseorang. Saya mengeluarkan kamera untuk merakam dan mendapati terdapat seorang wanita memakai gaun,” katanya.
Kapal HMS Victory pernah terlibat dalam Pertempuran Trafalgar di Cape Trafalgar, Sepanyol pada 21 Oktober 1805.
Kapal perang yang berusia lebih 250 tahun itu telah berada di Pelabuhan Bersejarah Portsmouth sejak tahun 1922. Ia terkenal kerana didakwa berhantu dan ramai berkata mereka pernah melihat kelibat Nelson dan isterinya melawat kapal itu