Breaking News

Dr Siti Hasmah ajak Dr Mahathir ‘dating’ tonton filem Chong Wei Dengan syarat...

Loading...
loading...
Dr Siti Hasmah ajak Dr Mahathir ‘dating’ tonton filem Chong Wei Dengan syarat...

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menonton filem mengisahkan jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Bekas perdana menteri itu dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memutuskan untuk berkongsi tiket tayangan dengan mana-mana pasangan yang bertuah menonton bersama mereka Jumaat ini.
“Walaupun dengan kesibukan jadual kerja, demi Chong Wei dan Hasmah, saya setuju!
“Jumaat ni (9 Mac 2018) saya dan Hasmah berpeluang menonton kisah juara badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam tayangan perdana Lee Chong Wei di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya menerusi Facebook Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mahathir, Siti Hasmah sendiri ingin berkongsi tiket tayangan itu dengan mana-mana pasangan rakyat Malaysia dengan syarat mereka menceritakan kisah pertemuan pertama mereka di ruangan komen Facebook.


“Share gambar anda dan pasangan serta ceritakan kisah pertemuan pertama anda berdua di ruang komen.
“Kami akan pilih pasangan yang bertuah pada hari Khamis ini (8 Mac 2018) dan berpeluang untuk double-date dengan saya dan isteri. Jumpa di sana!” katanya.
Filem biografi mengenai kisah hidup Chong Wei itu dijangka mencatat rekod antarabangsa dengan tontonan seramai 30,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tayangan galanya Jumaat ini.
Penerbit bersama filem Lee Chong Wei: Rise Of The Legend itu, Josiah Chieng berkata, pihaknya berharap jumlah tontotan bukan saja mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records malah melakar sejarah di Asia Tenggara.
Filem mengisahkan pemain badminton yang berasal dari Pulau Pinang itu dijadual menjengah pawagam tempatan pada 15 Mac ini.
Ia menceritakan bagaimana Chong Wei melalui segala pahit getir hidup sebelum menjadi pemain badminton nombor satu dunia.
Diarahkan oleh Teng Bee, filem terbitan CB Pictures Sdn Bhd dan Mahu Pictures itu dijangka lebih menarik dengan penampilan khas Datuk Rosyam Nor sebagai bekas dan jurulatih pemain badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Tiada ulasan

jerit kat sini