Header Ads

Inilah Doa Yang Di Amalkan Oleh Siti Hingga Munculnya Nama Siti Aafiyah

loading...
 Inilah Doa Yang Di Amalkan Oleh Siti Hingga Munculnya Nama Siti Aafiyah

SELEPAS tujuh hari kelahiran, pasangan selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersedia mengumumkan nama puteri sulung mereka.



Bayi perempuan itu dinamakan Siti Aafiyah yang bermaksud Segala-gala Maksud Yang Baik.
Kata Siti Nurhaliza, nama Aafiyah, ilham ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Mekah, tahun lalu.

"Ia bermula sebelum saya hamil lagi dan mula mencari nama yang sesuai.
"Saya juga dapati nama itu sering menjadi sebutan di dalam doa yang menjadi amalan sehingga akhirnya menjadi pencetus kenapa saya memilih nama tersebut.

"Alhamdulillah ALLAH memberi nikmat pada saya. Saya bersyukur kerana ini adalah satu anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya," katanya menerusi pengumuman yang dilakukan selepas majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya, malam tadi.
Untuk tempoh seminggu, pasangan ini sepakat memilih nama Fatimah Az-Zahra sebagai gelaran sementara bayi mereka yang diambil sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Bayi perempuan itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

Pengumuman itu turut dilakukan secara langsung melalui saluran Siti Official Video di laman YouTube.

Dalam pada itu, majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah Siti Aafiyah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.

Terdahulu, pelantun lagu Segala Perasaan ini menunaikan janjinya dengan peminat apabila mendedahkan wajah puterinya di laman Instagram (IG) dan Facebook (FB).

Siti, 39, berkata, nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.
“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.


“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” katanya.
Sementara itu, suami Siti, Khalid, 59, berkata, pemilihan nama anak mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

“Pilihan nama anak berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat berkenaan.

“Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam 'afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah, untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam 'afiyah.

“Daripada situ saya menamakan anak saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti turut mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Sebelum itu, pada sebelah petang Siti
berkongsi wajah anak perempuannya di laman Facebook dan Instagram.
Video berdurasi 57 saat yang memaparkan wajah anak Siti itu ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh tiga jam.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.