Dikecam Hebat! Izreen Azminda Dan Ude Nyahaktif Instagram

Dikecam Hebat! Izreen Azminda Dan Ude Nyahaktif Instagram

Loading...
Dikecam Hebat! Izreen Azminda Dan Ude Wahid Nyahaktif Instagram:


                 
















Lagi mengenai Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid yang menerima pelbagai kecaman hebat sejak khabar berita bahawa mereka sudah berkahwin secara senyap mula diketahui umum.

Keadaan Bertammbah Parah

Malah, keadaan juga semakin tegang sebaik sahaja Ude telah memfailkan perceraian dengan isteri pertamanya, Intan Liana Salleh baru-baru ini.

Lebih menyedihkan segalanya terjadi pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Netizen yang mula mengikuti perkembangan mereka sejak tercetusnya kontroversi ini terus mengecam Izreen dan Ude dengan menganggap bahawa Izreen adalah puncanya.


Menurut Intan, dia pernah mesej Izreen hanya sekali dengan memberitahu dia menerima Izreen sebagai madunya dari hati yang ikhlas. Tetapi Ude tidak lagi pulang ke rumah yang didiami Intan sejak dia mengetahui Ude telah berkahwin dengan Izreen iaitu sekitar pertengahan November.

Izreen Dan Ude Nyahaktif Instagram



Ekoran itu, meskipun Izreen dan Ude telah menyahkitfkan ruangan komen di Instagram mereka, netizen terus mengecam mereka sehingga membuatkan kedua -duanya mengambil keputusan untuk memadam akaun Instagram mereka.

Menerusi laporan sebuah portal lain, Intan mendedahkan kepada umum Ude telah berkahwin dengan Izreen secara rahsia tiga bulan sebelumnya pada 30 November, dan pada hari yang sama juga Ude telah memfailkan perceraian terhadap Intan.


Walaubagaimanapun, Ude dan Intan masih belum bercerai kerana mahu berbincang mengenai hak penjagaan anak dan nafkah terlebih dahulu sebelum sebutan kes akan dibuat semula 22 Mac ini.

Meskipun telah memadam akaunnya, netizen terus memboikot segala produk dan drama yang dilakonkan Izreen sehingga tempias tersebut turut terpalit pada Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta.

TINDAKAN MENGEJUTKAN NETIZEN

Bagaimanapun peminat yang masih tidak berpuas hati menyerang pula Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta beliau. Kemarahan netizen membuak sehingga mengugut akan memboikot segala produk dan drama yang menggunakan Izreen sehingga pihak Zatee terpaksa menutup ruangan komen.

Tetapi yang menariknya, hasil pencarian mendapati pengikut akaun Instagram Intan bertambah, dari 29,000 kepada 64,900 sejak kes penceraian berlaku. Mungkin ini tanda sokongan peminat buat wanita ini untuk terus kuat.

KRONOLOGI KISAH MEREKA

Sebagai recap, Izreen sebelum ini pernah mengakui sedang mengenali seorang jejaka (Ude) sejak 2016, namun menafikan beliau suami orang. Pada 30 November lalu pula, Intan mendedahkan suaminya sudah mengahwini Izreen tiga bulan sebelum beliau mengetahuinya.

Dan pada hari yang sama Ude telag menfailkan penceraian terhadap Intan namun dirahsiakan kepada umum. Izreen dalam program Melodi bertarikh 3 Disember 2017, meminta Intan berbaik dan menjaga suami bersama.

Manakala Ude dalam masa sama meminta diberikan ruang untuk beliau menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Kalau diikutkan timeframe yang berlaku, Izreen seolah sudah mengetahui Ude mahu menceraikan Intan ketika menjadi tetamu di Melodi dan memberikan kenyataannya itu.

Teringat pula kenyataan Intan yang mendakwa beliau dan suami sudah tidak tingaal sebumbung dengan suami sejak November tahun lalu. Maknanya, Ude tidak pulang ke rumah mereka sejak beliau berkahwin dengan Izreen. Apapun hanya mereka yang tahu kebenarannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan