Dah Lah Cantik, Bijak Pula. 5 Selebriti Wanita Ini Dapat Result Cemerlang Dalam SPM

Dah Lah Cantik, Bijak Pula. 5 Selebriti Wanita Ini Dapat Result Cemerlang Dalam SPM

Loading...
Dah Lah Cantik, Bijak Pula. 5 Selebriti Wanita Ini Dapat Result Cemerlang Dalam SPM:



Dah la cantik, bijak pula. Macam ni baru boleh dijadikan idola seni. Kalau nak tahu lima selebriti wanita ini antara yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.

Jom tengok keputusan mereka, paling tak sangka Janna Nick. Nampak macam tu tapi result SPM boleh tahan banyak A.

1. Neelofa



Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi
Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.

Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

2. Mira Filzah



Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.

3. Ezlisa Loy



Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

4. Soo Wincci



Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

5. Janna Nick



Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Janna pernah bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan akhir sekali di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Menerusi peperiksaan SPM, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu memperoleh 6A dan 2B.

Sumber: Astro Gempak


Catat Ulasan

0 Ulasan