Bidan sambut sendiri bayi dari pembedahan

Bidan sambut sendiri bayi dari pembedahan

Loading...
Bidan sambut sendiri bayi dari pembedahan

DIAL menarik sendiri Emma keluar dari luka pembedahan ceasarean pada perutnya di Kentucky, Amerika Syarikat. - AGENSI
KENTUCKY, Amerika Syarikat – Seorang bidan bertindak berani apabila menyambut sendiri kelahiran bayi perempuannya menerusi pembedahan ceasarean baru-baru ini.
Emily Dial, 34, merupakan seorang jururawat dan bidan dari Kentucky bertekad untuk terlibat dalam kelahiran bayi ketiganya bernama Emma dan tidak mahu prosedur itu gagal.
“Saya terkejut dan teruja. Saya tidak pernah terfikir perut saya akan terbuka luas. Oh Tuhan! Ia betul-betul seorang bayi perempuan,” katanya kepada majalah People selepas menarik sendiri anaknya dari luka pembedahan tersebut.
Dial mengatakan kelahiran itu sebagai satu momen paling sempurna dalam hidupnya dan keseluruhan proses itu dirakam dalam gambar yang menakjubkan.
Wanita itu sebelum ini pernah melahirkan dua bayi menerusi pembedahan Ceasarean namun kedua-dua anak lelaki dan perempuannya meninggal dunia. 





Catat Ulasan

0 Ulasan