Breaking News

”Annabelle” kini di Sabah!! cari wang untuk beg sekolah…

Loading...
loading...
Wahhh….”Annabelle” kini di Sabah!! cari wang untuk beg sekolah…:


                      bella_cropped_1521960348-300x169-1.jpg

KOTA KINABALU, 25 Mac — Seorang kanak-kanak menggayakan pakaian dan bersolek ala watak filem seram Annabelle demi menggantikan beg sekolah yang terkoyak.

Rosabelle Rony, 7, mengenakan caj RM2 bagi setiap pengunjung berswafoto dengannya selama empat hari di konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu minggu lalu, lapor Harian Metro.

Ibunya Stacy Yong, 28, berkata anak sulungnya berkeras mahu berbuat demikian kerana mahu membeli beg sekolah baharu sekaligus membantu menjual alat solek.

annabelle-sabah3-300x277.jpg

“Saya berfikir, mungkin ini cara mendedahkannya untuk berdikari bahawa tidak mudah untuk mencari wang tanpa sebarang usaha,” katanya yang berniaga atas talian.

annabelle_stacy_yong_20180325-300x193.jp

“Lalu saya membeli pakaian terpakai yang bersesuaian dan menyolek muka Bella hingga menyerupai watak Annabelle.” Kanak-kanak itu berjaya mengumpul RM370.
Mesra dipanggil Bella, pelajar tahun satu itu sudah membeli beg sekolah baharu merah jambu bernilai RM140 di sebuah pusat membeli belah di sini.
“Baki wangnya itu, Bella guna membeli buku dan alat tulis untuk keperluannya di sekolah sebaik sesi persekolahan bermula Isnin ini,” kata wanita itu.

annabelle-sabah1-300x210.png

Januari lepas, kemunculan watak anak patung Annabelle yang terkenal di seluruh dunia dengan kisah seramnya di Teluk Chempedak di sini agak mengejutkan pengunjung pada awalnya.
Bagaimanapun watak ikonik berdasarkan kisah benar mengenai satu anak patung yang menyimpan kisah seram dan diadaptasikan ke filem itu kini menjadi antara watak cosplay yang ‘berkeliaran’ menarik perhatian pengunjung pantai peranginan itu.

annabelle-tc1-300x225.jpg

Disebalik rupa dan kostum menyeramkan, Nurdiana Syafiqah Mohd Rostam, 9, berjaya membawa watak itu hasil sentuhan kreativiti ibunya, Norulhuda Md Daud, 33.
“Sebenarnya idea ini bermula apabila saya dan suami, Mohd Rostam Hassan berhasrat untuk memulakan perniagaan sewaan kostum.
“Manakala pemilihan watak Annabelle ini hasil idea Nurdiana Syafiqah sendiri memandangkan dia sudah biasa dimekapkan,” katanya.

annabelle-tc3-300x225.jpg

Norulhuda yang memiliki asas dalam solekan menggunakan kemahiran dimiliki selain menjadikan gambar dari poster filem Annabelle sebagai rujukan untuk ‘menjelmakan’ watak seram itu.
“Selepas tu saya cari kostumnya dan akhirnya Annabelle berjaya dimunculkan,” katanya.
Menurutnya, selepas melihat hasilnya, Nurdiana yang mesra dengan panggilan Baby mengajak dia dan suaminya membuat kemunculan di Teluk Chempedak bagi mendapatkan melihat maklum balas dan reaksi orang ramai.

annabelle-tc2-300x225.jpg

“Sebenarnya saya sendiri terkejut sebab Baby seorang yang agak pemalu tetapi berubah penampilan dan tidak kekok langsung muncul dengan watak Annabelle di sana,” katanya.

Jelasnya, maklum balas pengunjung tidak seperti yang difikirkannya sebelum ini.
“Mereka sangat positif dan teruja apabila melihat watak yang dibawa Baby dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama.

“Mungkin watak ini jarang dilihat sekali gus jadi tarikan malah Baby sendiri rasa gembira apabila diundang Persatuan Cosplay Kuantan untuk turut sama dengan mereka bermula Khamis hingga Ahad ini,” katanya.

Norulhuda memberitahu, anak perempuannya itu mengidap penyakit asma kronik dan situasi tersebut membatasi pergerakan Baby.
“Baby disahkan mengidap penyakit tersebut sejak empat tahun lalu dan perlu mengambil suntikan Ilimizumap.

“Dengan adanya aktiviti ini, Baby ada satu aktiviti yang memberikannya perubahan positif melawan penyakitnya itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Baby yang berhasrat menjadi pelakon ataupun jururawat mengakui gembira kerana dapat bersama pengunjung yang turut memberikan sokongan.
“Saya boleh jadi diri sendiri kerana orang tidak kenal apabila berubah wajah selain lebih yakin sebab sebelum ini situasi diri saya tidak seperti orang lain,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Tiada ulasan

jerit kat sini