Anak Sendiri 'Block' Liza Hanim.. Apa Kes?

Anak Sendiri 'Block' Liza Hanim.. Apa Kes?

Loading...
Anak Sendiri 'Block' Liza Hanim.. Apa Kes?:

liza%2Bhanim.jpg

Penyanyi Liza Hanim semakin dikenali semula setelah menjadi naib juara pertandingan Gegar Vaganza musim keempat tahun lalu.

Nyanyian bertenaga Liza Hanim sememangnya begitu hebat dan bakatnya mula diketahui generasi baru ini.

Namun ramai tak mengetahui, bakat hebat yang dimiliki oleh Liza Hanim turut diwarisi anaknya.

Tetapi ada kisah lucu yang berlaku kepada Liza Hanim dan anaknya yang mana, anaknya itu telah block Liza Hanim kerana khuatir nyanyiannya itu dilihat oleh ibunya.
 
Liza Hanim mendedahkan anak sulungnya pernah block nya di WhatsApp gara-gara tidak mahu dirinya melihat latihan vokal yang dimuat naik ke status akaunnya.

Katanya, perkara itu hanya diketahui selepas seorang anak saudaranya meminta pendapat mengenai gaya dan corak persembahan yang dikongsi anak Liza Hanim, Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 15 tahun.

Ini komen Liza Hanim:

"Saya pun terus belek telefon selepas dimaklumkan anak buah, tetapi pelik kerana saya saja yang tidak boleh akses video di status yang baru dikongsikan olehnya.

"Rupa-rupanya Marsya sekat saya hari itu disebabkan segan kalau saya tengok dia berlatih sebelum menghadapi sebuah pertandingan nyanyian. Memang selama ini dia jarang bertanya apa-apa pasal nyanyiannya,"


Katanya, mungkin remaja itu mewarisi sikapnya dulu yang suka berlatih sendirian.

Ini komen Liza Hanim lagi;

"Saya dulu pun lebih suka berlatih menyanyi sendirian dengan membawakan beberapa genre lagu. Kalau dia selesa begitu, saya tiada bantahan.

"Apa pun, dari segi mengikut jejak langkah, saya nampak Marsya dan adik ketiganya yang gemar menyanyi serta aktif menyertai pertandingan," 


Liza Hanim bercerita kisah itu ketika ditemui di majlis pelancaran single baharunya, Mimpi.

Lagu Mimpi muncul selepas sembilan tahun tanpa album baru dan ianya merupakan ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik hasil tulisan Fedtri Yahya.

Liza kini sudah bersedia memberikan komitmen penuh terhadap promosi bergerak untuk lagu terbabit.

Sumber: Berita Harian

Catat Ulasan

0 Ulasan