Sudah Islamkah Lindsay Lohan?

Sudah Islamkah Lindsay Lohan?

Loading...
Sudah Islamkah Lindsay Lohan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan Lindsay Lohan telah memeluk agama Islam semakin hangat diperkatakan apabila pelakon filem Freaky Friday itu menyarungkan hijab ketika menghadiri London Modest Fashion Week di London, England semalam.
Lohan, 31, dilihat mengenakan hijab berwarna hitam, lengkap dengan jaket dan celana berona sama.
Kepada BBC Minutes petik Kosmo, Lohan ringkas menyifatkan fesyen sebagai platform universal untuk mengekspresi diri.
“Fesyen tidak selalunya perlu mendedahkan tubuh. Hal ini kerana, fesyen boleh digayakan dengan pelbagai cara dan masih boleh kelihatan cantik,” katanya.
Khabar angin yang mengatakan Lohan telah memeluk agama Islam tersebar sekitar awal Januari lalu apabila Lohan memadam kesemua gambarnya di Instagram dan menulis frasa bahasa Arab iaitu Salam Aleikum yang bermaksud “sejahtera ke atas mu” di bahagian profil akaunnya.
Terdahulu, Lohan pernah beberapa kali menunjukkan minat terhadap agama Islam, namun, tiada sebarang pengesahan daripadanya sama ada telah memeluk Islam 

Catat Ulasan

0 Ulasan