Sridevi.....Sejurus Sebelum Meninggal

Sridevi.....Sejurus Sebelum Meninggal

Loading...
Sridevi.....Sejurus Sebelum Meninggal


Tidak disangka, senyuman dan kegembiraan beliau ketika berada pada majlis perkahwinan tersebut merupakan perkara terakhir yang dirakam dan dimuat naik di akaun Instagramnya

Dia dilaporkan begitu teruja, bangga dan gembira sejak akhir-akhir ini.
Pertama kerana Mohit Marwah berkahwin. Justeru Sridevi berkunjung ke Dubai untuk meraikan anak saudaranya.
Menyertai kunjungan itu ialah suami Sridevi, Boney Kapoor, serta anak bongsunya Khushi, 17.
Dia memang gembira berada di Dubai itu kerana dikelilingi ramai bintang filem Bollywood serta saudara-maranya, kecuali anak sulung Janhvi, 21.
Antara nama besar yang hadir ialah Sonam Kapoor, Anil Kapoor, Arjun Kapoor, Karisma Kapoor, Karan Johar dan Abhishek Bachchan.



Kedua, Janhvi bakal mengikut jejak Sridevi dan Boney untuk menjadi satu daripada kerlipan bintang dalam industri perfileman Bollywood.
Dia sibuk menyiapkan proses penggambaran filem pertamanya Dhadak. Sridevi dilaporkan turut teruja untuk melihat kemunculan sulung Janhvi di layar perak.
Majlis meraikan perkahwinan itu berlangsung pada Rabu, tetapi Sridevi yang teruja itu menyambung tempoh lawatannya- sehinggalah semalam apabila dia tiba-tiba rebah di dalam bilik mandi hotel.
Khaleej Times melaporkan Sridevi menginap di Hotel Emirates Tower di Dubia.
Aktres itu kemudian meninggal dunia. Beberapa laporan dari Teluk menyatakan Sridevi, 54, sudah tidak bernafas ketika dibawa ke hospital. Doktor mengesahkan Sridevi mengalami serangan jantung.
Sesekali takut juga
Justeru dia tidak dikejarkan ke unit kecemasan sebaliknya dihantar ke bilik mayat sementara menunggu proses seterusnya.
Sridevi dianggap superstar pertama di Bollywood dan terbabit dengan lebih 250 filem dan pelbagai bahasa sepanjang sejak hampir 45 tahun lalu.
Mengenai kemunculan Janhvi sebagai pelakon terbaru Sridevi berkata dia serta anaknya perlu bersedia berdepan dengan reaksi penonton sama ada baik atau tidak.



"Kami tidak boleh mengelak daripada tekanan itu.
"Janhvi sudah bersedia, dan saya pun mempersiapkan diri. Kadang-kadang saya takut juga tapi apabila saya fikir ia memang kemahuan Janhvi, sebagai ibu saya memberi sokongan penuh," katanya.

Sridevi menjadi pelakon ketika baru berusia empat tahun. Dia muncul dalam filem Tamil, Thunaivan. Selepas itu dia mula menjadi perhatian pengarah filem Tamil dan Telugu.
Filem Hindi pertamanya ialah Solva Sawan yang ditayangkan pada 1979. Naskhah lain yang pernah menggunakan Sridevi sebagai bintang antaanya ialah Naya Kadam (1984), ChaalBaaz (1989) dan Judaai (1997).
Pada 2012 Sridevi muncul semula di layar perak selepas lama berehat melalui filem English Vinglish. Tahun lalu dia berlakon untuk filem ke-300 dalam karya thriller, Mom dan mendapat pujian ramai.

Catat Ulasan

0 Ulasan