"Saya Masih Sayang Ude" - Isteri Pertama Ude Wahid, Intan Liana Menangis Di Mahkamah

"Saya Masih Sayang Ude" - Isteri Pertama Ude Wahid, Intan Liana Menangis Di Mahkamah

Loading...
"Saya Masih Sayang Ude" - Isteri Pertama Ude Wahid, Intan Liana Menangis Di Mahkamah:

intann.jpg

Kini telah enam bulan hidup pelakon popular Izreen Azminda hidup bermadu dengan seorang wanita bernama Intan Liana Saleh.

Nampaknya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude Wahid, 30 tahun dilihat mengambil keputusan untuk berpisah dengan isteri pertamanya itu.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai.

Ini selepas Ude Wahid memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan Liana yang dibuat pada 30 November 2017.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd Zaidi Md Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

Hakim Syarie, Shaiful Jamaludin menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Intan Liana dilihat telah hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Intan kelihatan menitiskan air mata ketika berada di mahkamah. Portal mStar ada menyiarkan dua foto yang mana Intan dilihat menangis.

Terdahulu, pada prosiding itu, peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan anak guamnya, Ude dan Intan selaku defendan bersetuju bercerai secara baik.

Justeru, Mohd Zaidi memohon tarikh baharu bagi kedua-dua pihak berbincang menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas

penceraian termasuklah nafkah dan hak penjagaan anak.

Ude hanya berdiam diri selepas diasak dengan pelbagai soalan daripada pemberita.

Pemuzik bebas itu mendirikan rumah tangga dengan Liana, 33, pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri,3, dan Areq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, Liana dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui suaminya telah bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos.

Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini Intan Liyana mengakui yang tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan cerai.

Ini komen Intan:

"Sehingga ke hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,"

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk pengetahuan, Ude Wahid dan Intan Liana telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

Sumber: mStar

Catat Ulasan

0 Ulasan