Sampainya Hati Ude

Sampainya Hati Ude

Loading...
Sampainya Hati Ude

PEMUZIK bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, mengakui perpisahan adalah jalan terbaik kerana tiada hati untuk meneruskan hidup bersama isteri pertamanya Intan Liana Saleh.
Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu, berkata dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama
"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.
"Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.



"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya," katanya dipetik berkata kepada BH Online.

Ude (berkacamata) bersama peguamnya. Ude enggan ditemuramah oleh pihak media.

Kata Intan lagi, dia dan dua orang anaknya Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1, masih tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

“Saya masih sayangkan dia sehingga hari ini cuma saya tak tahu apa salah saya. Harap semua doa yang terbaik untuk kebahagian saya dan dia.

“Saya dan anak-anak tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Tapi hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana,” ujarnya.



Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

"Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes," katanya ketika dihubungi.

Catat Ulasan

0 Ulasan