Breaking News

Nur Aina Di Dera Hingga Mati Kerana Saka

Loading...
loading...
Nur Aina Di Dera Hingga Mati Kerana Saka

Bekas air yang didakwa mengandungi air 'jampi' antara tiga barang yang diambil polis semasa pasukan penyiasat itu melakukan siasatan di lokasi kejadian tempat Nur Aina Nabihah Mohammad,9, kanak-kanak yang dipercayai didera dengan kejam sebelum meninggal dunia.

Dua lagi barang yang diambil adalah bangku kecil plastik yang telah patah dan tali pinggang tentera.

Barang-barang tersebut diambil dari rumah sewa tempat Nur Aina Nabihah tinggal bersama abang dan bapa kandung serta ibu tiri dan dua adik tirinya di Taman Vista Jaya Lukut Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan bahawa bekas air yang didakwa suspek mengandungi air 'jampi' turut dirampas polis bagi membantu siasatan.

Sinar Harian difahamkan, bapa kandung Nur Aina Nabihah yang juga suspek kes ini percaya bahawa anak perempuannya itu mempunyai saka dan air jampi itu digunakan untuk mengelakkan masalah itu berlarutan.


Terdahulu sekitar jam 12.30 tengah malam Khamis lalu Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya di kediaman mereka.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah, hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat kontusi atau lebam dalaman pada usus besarnya.

Berikutan itu bapa kandung dan ibu tirinya direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.
Suspek yang juga bapa kandung Nur Aina Nabihah dalam pengakuan awalnya ketika disoal siasat polis mengaku pada malam kejadian dia telah memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang dan memijak perut anaknya hingga terkencing.

Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul anaknya menggunakan sebuah bangku kecil plastik.

Tiada ulasan

jerit kat sini