Breaking News

Nedim Dedah Wajah Anak

Loading...
loading...
Nedim Dedah Wajah Anak

Hari ini pasangan popular Nora Danish dan Nedim Nazri telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka berdua sebagai suami isteri.

Nedim Nazri iaitu suami bintang jelita, Nora Danish, membuat pengumuman dan mengesahkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, 9.02 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. 

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan secara pembedahan Caesarean Section dengan berat 3 kilogram.  

Melalui perkongsian Insta Stories pada Instagram, Nedim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isterinya selamat bersalin.

Nedim turut berkongsi keadaan isterinya dalam keadaan stabil selepas melahirkan putera sulung mereka itu yang diberi gelaran Ney Ney.

Ini ucapannya:

"Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki... Kami akan tunjukkan wajahnya, tidak lama lagi. 

"Terima kasih untuk doa semua," 

Kemudian tidak lama selepas itu, Nedim Nazri mengotakan janjinya dengan memuatnaik beberapa foto wajah anaknya itu.

Tonton video ini:

Tonton video ini:

 
Itulah wajah anak Nedim dan juga Nora Danish. Di ruangan komen ramai para peminat dan follower yang mengucapkan jutaan tahniah kepada Nora dan Nedim di atas kehadiran ahli keluarga baru itu.



Itulah wajah anak Nedim dan juga Nora Danish. Di ruangan komen ramai para peminat dan follower yang mengucapkan jutaan tahniah kepada Nora dan Nedim di atas kehadiran ahli keluarga baru itu.

Memang comel habis anak Nora dan juga Nedim ini.

Ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinan antara Nora Danish dan Nedim Nazri.

Pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 30 Mac 2017 dan merupakan perkahwinan keduabuat kedua-dua mereka.

Selain itu, Nora juga memiliki cahaya mata sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Rizal Ashram / Jejai.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 denagn bekas isterinya, Nabila Khan. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki bernama Nedzrin



Jutaan tahniah MH ucapkan kepada pasangan Nora Danish dan suaminya Needim Nazri Azi.
Seperti yang dijanjikan, Nedim telah berkongsi wajah anaknya Ney Ney terkini.
Perghhhhh! Bukan main comel lagi. Putih dan merah! Tapi sekali pandang memang banyak wajah Nedim.
Dalam pada itu, Nora juga sempat berkongsi nama penuh Ney Ney iaitu Neqayl Nedim.
Apapun semoga anak mereka ini dalam keadaan yang sihat sejahtera!
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on


Tiada ulasan

jerit kat sini