Header Ads

Misi Rahsia Menantu-menantu Istana Buckingham

loading...
Misi Rahsia Menantu-menantu Istana Buckingham

SEBELUM ini, nama Meghan Markle, 36, tidaklah sehebat pelakon Emma Watson, Mila Kunis mahu pun Jennifer Lawrence di pentas seni.
Namun demikian, selepas hubungannya bersama Putera Harry, 33, dihidu, nama janda yang berasal di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu mengatasi segalanya. Setiap gerak-geri dan busana yang disarungnya menjadi perbincangan hebat.

Apa yang ada pada Markle yang merupakan bekas isteri kepada seorang produser, Trevor Engelson sehingga Harry tergila-gilakannya? 


Jika disoroti biodata diri­nya, bakal puteri raja itu tidak kurang hebatnya. Penampilannya di kaca televisyen dalam drama bersiri General Hospital pada tahun 2002 diikuti CSI, Without a Trace, Castle terma­suk filem Horrible Bosses dan Remember Me sebenarnya belum cukup kuat untuk me­lonjakkan namanya. 

Namun demikian, watak Rachel Zane yang digalasnya dalam drama siri Suits, membuatkan Hollywood mula memandangnya.
Meghan Markle could be going in a way different direction than Kate Middleton for her wedding dress ... IF she goes with Israeli designer Inbal Dror.

 Sebenarnya, gaya wanita kacukan AS-Afrika di karpet merah tidak cukup untuk menawan hati Harry. Putera kegilaan ramai itu dikatakan mahu mencari wanita yang mempu­nyai sifat seperti mendiang ibunya, Diana Spencer. Ya, barangkali secara kebetulan Markle memenuhi kehendaknya apabila selebriti itu terlibat dalam banyak aktiviti kemanusiaan. Peranannya sebagai duta untuk World Vision Canada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sangat dikagumi.

Karakter lantangnya menyua­rakan isu-isu serius seperti kesamaan jantina, pendidikan, makanan dan kesihatan me­nunjukkan keintelektualan dan kredibilitinya. Bekas pelajar Universiti Northwestern, AS itu juga mengetepikan percikan glamor apabila sanggup melewati negara miskin, Rwanda untuk berkempen mengenai air.

Keberanian sebenarnya terserlah sejak kecil apabila pada usia 11 tahun, beliau menulis kepada Hillary Clinton mengkritik sebuah iklan yang memaparkan diskriminasi jantina. Sifat lahiriahnya itu jelas menunjukkan karakternya persis Diana.

                        
Adakah Istana Buckingham menerima Markle? Bayangkan, sewaktu Putera William ingin mengahwini Kate Middleton, ada suara sumbang yang me­ngatakan bahawa Ratu Elizabeth tidak menyenangi wanita itu.

Namun, pada saat Harry memperkenalkan Markle kepada pihak istana, tiada siapa menyuarakan rasa benci me­nerima seorang rakyat AS menjadi sebahagian keluarga diraja British. Meskipun media menjadi ‘batu api’ dengan menyiarkan tajuk berita sensasi seperti ‘Janda seksi berjaya tawan hati Harry’, Ratu Elizabeth tidak ambil peduli pun. Dalam erti kata lain, kehadirannya mendapat restu.

Cakap-cakap mengenai ko­nonnya Middleton mencemburui Markle juga antara mainan tabloid paling hebat dalam media antarabangsa. Dakwa mereka, Middleton merasakan dirinya dibayangi oleh Markle lantaran lebih banyak berita mengenai suri hati Harry itu berbanding dirinya.

Tidak pastilah ia benar atau tidak.

Namun, topik yang paling mencuri perhatian kini ialah kononnya wujud ‘misi rahsia’ antara Markle dan Middleton untuk ‘menyingkirkan’ ibu mertua mereka, Camilla Parker Bowles.

Isteri William dikatakan tidak menyukai Parker. Setelah menjadi rakan kepada Middleton, Markle dikhabarkan mempunyai sudut pandangan bahawa Parker sebagai mertua yang kejam.
Bahkan, Ratu Elizabeth juga kurang senang dengan isteri kepada Putera Charles itu.

Wanita itu juga mempunyai rekod buruk apabila dituduh menjadi orang ketiga yang meretakkan hubungan Charles dan Diana. Memetik sumber media antarabangsa: “Jika Parker keluar dari istana, tiada siapa yang akan merindukannya.”

Kehadiran Markle secara rasmi dalam keluarga diraja British pada Mei depan sa­ngat ditunggu-tunggu. Adakah beliau dapat mengadaptasikan dirinya dalam Istana Buckingham?

Sebagai rakyat kedua AS selepas mendiang Wallis Simpson menikahi putera Bri­tish, adakah hubungan antara Uni­ted Kingdom-AS semakin utuh? Adakah Markle mampu sebagai pengganti Diana sebagai puteri rakyat?



Dan akhir sekali, adakah ‘misi rahsia’ antara Markle dan Middleton sememangnya benar. 
Kita tunggu dan lihat. Namun yang pasti, kehadiran dua menantu dalam Istana Buckingham itu membuatkan keluarga diraja British semakin popular dan disayangi oleh dunia.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.