Kisah Sebenar Batu Berpuaka Batu Belah Batu Bertangkup Yang Tak Siapa Tahu

Kisah Sebenar Batu Berpuaka Batu Belah Batu Bertangkup Yang Tak Siapa Tahu

Loading...
Kisah Sebenar Batu Berpuaka Batu Belah Batu Bertangkup Yang Tak Siapa Tahu

Khabarnya, Batu Belah Batu Bertangkup terletak di Kampung Batu Belah, Kapar, Klang. Lebih tepat lagi di sebidang tanah yang kini telah dijadikan kompleks Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah.
Cerita mengenai batu belah batu bertangkup yang berpuaka itu bagaimanapun adalah tidak tepat dari segi sejarah.
Sebenarnya, sebelumnya terdapat sebatang pokok Binjai yang berpuaka dan bukannya batu bertangkup sebagaimana diperkatakan dari mulut ke mulut sebelum ini. Pokok Binjai tersebut dipercayai didiami makhluk halus (jin) dan sering mengganggu orang yang lalu lalang di kawasan berhampiran.
Setelah mendapat bantuan daripada seorang pawang Bugis yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi, makhluk halus itu kemudiannya dapat ditewaskan dan jin tersebut dikurung di dalam batu berkenaan. Gangguan telah tiada, namun batu itu mula menjadi sebutan.
Beberapa tahun kemudian barulah timbul kisah mengenai keluarga Pak Uda Daik dan isterinya Mak Timah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Mawar dan seorang anak lelaki bernama Pekan.
Ketika Mak Timah mengandungkan Pekan dahulu, Mak Timah pernah mengidam telur ikan Tembakul tetapi tidak kesampaian. Pak Uda pula meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok yang tumbang akibat hujan lebat dan ribut semasa mencari telur ikan tersebut
Setelah kematian Pak Uda, Mak Timah bersama dengan anak-anaknya telah meninggalkan Lubuk Binjai menghala ke Sungai Kerayong di utara Kapar.
Mak Timah memang pernah dikatakan merajuk kerana kempunan telur ikan tembakul. Bagaimanapun tiada keterangan dan bukti yang mengatakan Mak Timah mati ditelan batu belah batu bertangkup.
Begitu juga dengan cerita yang mengatakan anak lelaki mereka yang bernama Pekan berlaga ayam dan berkahwin dengan anak sultan, juga boleh dipersoalkan kebenarannya.
Hal ini memandangkan tiada catatan sejarah yang menunjukkan puteri sultan berkahwin dengan pemuda yang bernama Pekan atau sultan berkahwin dengan Mawar kerana pada masa kejadian, Selangor dikatakan berada di bawah pemerintahan diantara Sultan Muhammad atau Sultan Abdul Samad.
Dalam pada itu, berlaku perang saudara di antara Raja Mahadi dan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan Abdul Samad pada pertengahan kurun ke-19. Ketika peperangan itulah, Bukit Binjai dijadikan sebagai salah satu kubu pertahanan Raja Mahadi sebelum dirampas oleh pasukan lawan.
Pada akhir kurun ke-19, barulah kawasan berkenaan dibuka oleh Datuk Panglima Garang Salleh Datuk Man, Datuk Kaya Baduk Datuk Kaya Mohd Ali Orang Kaya Klang bersama Raja Hassan Raja Ibrahim, Penghulu Wan Hassan Datuk Bentara Kiri Amar Diraja Wan Muhamad Salleh, Datuk Maharaja Lela Abdul Ghani Datuk Maharaja Lela Meka’ dan Datuk Panglima Perang Kiri Sedia Diraja Wan Idris Datuk Bentara Kiri Amar Diraja Wan Muhamad Amin.
Bukit Binjai dan Kampung Sungai Binjai akhirnya dinamakan dengan nama Bukit Batu Belah dan Kampung Sungai Pinang.

Catat Ulasan

0 Ulasan