Kisah Dr Haron Din Ketika Doktor Mencabut Mask Oxigennya

Kisah Dr Haron Din Ketika Doktor Mencabut Mask Oxigennya

Loading...
Kisah Dr Haron Din Ketika Doktor Mencabut Mask Oxigennya

Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah DR. HARUN DIN setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN..
Setelah beliau pergi menziarahi keluarga Al Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Harun Din menceritakan ...
Beliau tidak tahu, pukul berapa Dr. HARUN DIN tidur kerana rumahnya sentiasa di datangi tetamu, kadang-kadang 8 pagi.. kadang 1 pagi.. dan Dr. Harun Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr.Harun menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya..
Dr. Harun Din...Orangnya sentiasa dengan alQuran.. Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali Isterinya datang ke biliknya... Dr. Harun Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. orangnya sangat menjaga dan mengeratkan silaturrahim.. dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke Patani.... sangat menjaga Mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain...
Beliau membina 10 buah masjid.. di kemboja dan lain2 lagi..
Beliau menginfaq RM 5 Juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN
Waktu ke Amerika.. tiket dibeli untuk dua minggu, tapi dalam perjalanannya.. Almarhum Dr. HARUN DIN berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak.. anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab jamak.. rupa2nya pada hari ke tiga Allah telah menjemputnya... ketika Doktor mencabut mask oxigen (maaf tak tahu istilah).. kebiasaannya orang lain akan tercungap-cungap mencari pernafasan. Dengan dada turun naik........tapi Dr. HARON DIN ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.. malah nurse di situ juga mengakui...Dr. Haron ni, hanya tenang dan menyebut Allah...Allah..Allah.. kemudian mengucap .. semua Doktor yang ada di situ menangis..kerana belum jumpa orang seperti Dr.Harun Din..
Kata Guru saya lagi... Dr.Haron Din datang dari keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam .. Ibunya meninggal ketika sujud pada 17 Ramadan.
Semua kitab-kitab /BUKU -Bukh Dr. Haron Din diinfakkan ke Universiti Islam Malaysia....
Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr.Haron Din..
Terasa kerdil diri ini.....dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui..

Catat Ulasan

0 Ulasan