Header Ads

isu Kahwin Sejenis:"Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia’ – Rafidah

loading...
isu Kahwin Sejenis:"Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia’ – Rafidah

Baru-baru ini viral di media sosial, bekas pengacara 3R Rafidah Abdullah didakwa telah berkahwin dengan pasangan sejenis di Australia selepas beberapa tahun bercinta. 

Dakwaan ini menjadi lebih hangat apabila pasangan Rafidah menerusi akaun Instagram telah memuat naik foto mereka berdua mempamerkan cincin di jari masing-masing.
Bertindak mahu menjernihkan keadaan, seorang individu telah bertanya sendiri kepada Rafidah dan ini responnya.

Bekas pengacara 3R kahwin pasangan sejenis di Australia?

Selepas kontroversi melibatkan Datin Rebecca Nur Al Islam beberapa hari lepas menjadi viral, kami di xtra juga turut dikejutkan dengan berita melibatkan seorang pengacara yang dulunya sangat terkenal dan berbakat besar.

Terbaru, pengacara program bual bicara 3R iaitu Rafidah Abdullah dikatakan telah berkahwin dengan kekasihnya. Namun apa yang lebih memeranjatkan ialah, kekasihnya itu merupakan pasangan sejenis! Mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Australia.

Program 3R yang turut dihoskan oleh Rafidah suatu ketika dulu

Menurut satu portal hiburan, pasangan pengacara itu yang juga dikenali sebagai @konigsegelfisch telah memuat naik satu gambar menerusi laman instagram beliau menunjukkan Rafidah dan dirinya saling mempamerkan cincin di tangan masing-masing beserta caption yang bertulis,

“We?… hells yeah, we are! Signing my death warrant/agreement to be enslave. No hashtag, no photoshoot, no special dress… just love. Lol. We did it. Many thanks, friends. You’

Beberapa portal gosip tempatan telah menulis mendakwa Rafidah telah berkahwin dengan pasangan sejenis selepas gambar mereka memakai cincin dengan kapsyen seakan menggambarkan mereka telah menandatangani perjanjian. 

Malah, sekeping gambar dua orang sedang bercium juga tular dikaitkan dengan isu kontroversi ini.

Berikutan tersebar gambar beliau yang kelihatan seakan-akan sedang bermesra dengan seorang wanita, rata-rata peminat program yang pernah popular suatu ketika dahulu menyatakan perasaan kecewa mereka kerana mengambil keputusan diluar jangkaan mereka.

Di twitter, seorang individu berkongsi screenshot penjelasan Rafidah sendiri berhubung perkara ini.

Seorang peminat DM Rafidah

‘Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia’ – Rafidah

Rafidah memberi respon mendakwa apa yang sedang viral di media sosial sekarang ini hanyalah fitnah. Rafidah juga mengalu-alukan sesiapa yang mahukan kepastian, katanya anda boleh periksa sendiri pendaftaran perkahwinan dan passportnya jika perlu.

Tambahnya lagi, dia sekarang sedang relax layan kucing-kucing peliharaan, layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia.

Menurut Rafidah, itu hanya sekadar fitnah semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah beliau juga tidak kisah sekiranya ada makcik-makcik bawang yang ingin menyelidik kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Instagram wanita yang dikatakan pasangan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud.
Sumber : Twitter
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.