Breaking News

Ingin jadi ayah tapi tak nak kahwin, Salman Khan buat ini agar dapat anak

Loading...
loading...

Ingin jadi ayah tapi taknak kahwin, Salman Khan buat ini agar dapat anak




Siapa yang tak kenal aktor Bollywood popular ini? Pada Disember 2017 lalu, dia menyambut hari jadi yang ke-52. Pada usia ini, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah anak Salman Khan? Berapa orang anaknya?
Puluhan tahun hidup membujang dan tidak berkahwin, akhirnya aktor terkenal ini memutuskan ingin menjadi ayah. Tapi, bukan secara semulajadi dengan berkahwin, namun melalui bantuan surogasi!
Keinginan Salman Khan untuk ada anak didorong oleh ibu bapa beliau yang ingin mempunyai cucu darinya.

Bantuan ibu surogasi demi anak Salman Khan
                             anak saudara salman khan ahil
Salman Khan dan anak saudaranya, Ahil | Kredit: Emirates247.com
Surogasi adalah teknologi dalam dunia perubatan yang memungkinkan seseorang untuk mempunyai anak melalui rahim ibu tumpang.
Melalui perjanjian dengan seorang wanita yang bersedia menjalani kehamilan untuk mereka yang ingin ada anak, ibu yang tidak mampu atau tidak mahu hamil masih boleh mempunyai cahaya mata sendiri.
Ada beberapa orang artis terkenal yang memiliki anak dengan bantuan ibu surogasi. Antaranya ialah Shahrukh Khan, Aamir Khan, Lucy Liu, David Beckham, Kim Kadarshian dan Michael Jackson.
Salman Khan sukakan budak-budak
Salman Khan sememangnya terkenal dengan sifat sangat menyukai anak-anak dan sering kelihatan bermain bersama anak saudaranya, Ahil, anak kepada adik Salman, Arpita Khan.
                         salman khan dan anak saudara ahil
Kredit: India.com
Meskipun sering bertukar ganti kekasihnya, ternyata Salman belum bersedia untuk mengakhiri masa bujangnya.
Namun, beliau ingin merealisasikan impian kedua orang tuanya untuk menimang cucu melalui program surogasi atau ibu tumpang.
Khabarnya, dalam masa 2 tahun akan datang, Salman akan mencari ibu tumpang yang secocok dan sesuai untuk mengandung anaknya.
Dalam kenyataannya yang dipetik dari Bollywood Shaadis, Salman Khan mengatakan dirinya memang ingin ada anak.
Namun, kerana merasakan yang dirinya bukanlah lelaki yang sesuai menjadi suami, dia tidak ingin membuatkan wanita menderita dengan berkahwin hanya semata-mata mahukan anak.
Jadi, Salman Khan memilih untuk menjalani program surogasi tersebut bagi memenuhi keinginannya menjadi seorang ayah.
                              anak salman khan - peminat
Kredit: India-forums.com
Jika dapat anak di usia sekarang, aktor ini akan berusia 70 tahun apabila anak Salman Khan berumur 20 tahun    

Meskipun umur sekarang bukanlah waktu yang ideal untuk memiliki anak, namun beliau tetap ingin memenuhi keinginan kedua ibu bapanya yang mahu melihat Salman Khan mempunyai anak.
Semoga impian dan rancangan murni ini tercapai! Ibu ayah pula bagaimana? Apa pendapat anda tentang rancangan Salman Khan ini?

Tiada ulasan

jerit kat sini