Bekas Anggota Kumpulan Ukays Sertai Kumpulan Pengganas

Bekas Anggota Kumpulan Ukays Sertai Kumpulan Pengganas

Loading...
Bekas Anggota Kumpulan Ukays Sertai Kumpulan Pengganas:

iPiccy-image%2Bmiltan%2Bis.jpg

Menurut Portl berita Malaysia Kini melaporkan bahawa bekas pemain dram anggota kumpulan Ukays iaitu Akel Zainal merupakan salah seorang pemimpin kanan pengganas Islamic State (IS).

Laporan menyatakan bahawa tiga lagi  pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Mohd Rafi Udin dan dua lagi anggota lain dikenali sebagai  Abu Gomez dan Abu Zar.

Wan Mohd Aquil Wan Zainal atau lebih dikenali sebagai Akel telah menyertai kumpulan IS selepas terjadinya  konflik di Syria. Akel juga  turut menyertai peperangan ketika dia berada disana.

Sumber menyatakan pada bulan Oktober 2014, dia telah dilaporkan melatih pelajar-pelajar wanita di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan untuk di hantar ke Syria bagi menyertai peperangan di sana bersama dengan anggota yang lain.

Pada dua tahun lepas kumpulan ini telah pun membuat satu video rakaman yang menyatakan mahu melancarkan satu serangan di negara kita.

Walau bagaimanapun, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman,berkata, empat lagi  individu lain yang telah di tugaskan untuk melatih anggota-anggota baru di Asia Tenggara selepas Ketua mereka iaitu Muhamad Wanndy Mohamad Jedi dilaporan meninggal dunia pada bulan Julai yang lalu.

Selain itu, anggota ini dikatakan telah menyebarkan berita untuk melancarkan serangan di Malaysia menerusia bahan bacaan di dalam majalah Dabiq yang dipercayai telah dimuat turun ke dalam laman internet dan media sosial. Sumber: Rotikaya. Editor:Ila Hakimi.


isis-polis-malaysia-bukit-aman-Mohd-Rafi


ukays.JPG


lotfiariffinjihad260614.jpg


jihadist.jpg


Catat Ulasan

0 Ulasan