Header Ads

Bapa nafi Vasanthapiriya pernah cederakan diri sendiri

loading...
Bapa nafi Vasanthapiriya pernah cederakan diri sendiri

R Muniandy, bapa kepada pelajar tingkatan dua yang membunuh diri tempoh hari, Vasanthapiriya selepas dituduh mengambil telefon bimbit gurunya menafikan bahawa anak sulungnya pernah cuba membunuh diri.
Beliau menggesa semua pihak untuk tidak menjejaskan eputasi Vasanthapiriya.
"Saya membesarkannya sejak ecil, saya tahu bagaimana saya membesarkannya ... Ada pihak tertentu yang mendakwa dia akan mengambil telefon gurunya, tetapi saya kenal anak perempuan saya.
"Saya sangat sayanginya, saya tidak dapat tidur atau makan dengan baik sejak dia meninggal dunia," katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang petang tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan hari ini menafikan laporan berita yang memetik sumber polis bahawa pelajar yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) sekolah adalah Vasanthapiriya.
"Kami memerlukan pakar forensik untuk terus mempertingkatkannya untuk melihat siapa yang ambil, jadi sehingga itu kami tidak dapat mengulas lanjut.
"Pada masa ini apa yang ditulis, tidak boleh disahkan," katanya.
Vasanthapiriya, 14, dijumpai mati tergantung dengan selendangnya pada 24 Januari lalu selepas guru itu mendakwa dia mencuri.
Walaupun bapanya bergegas membawa remaja itu ke hospital, Vasanthapiriya terus tidak sedarkan diri dan meninggal dunia akibat kecederaan otak seminggu kemudian.
Dia juga meninggalkan nota tulisan tangan yang menyatakan kasih sayang kepada ibu bapanya dan menafikan dirinya mencuri.
Pada sidang akhbar keluarga itu yang dianjurkan oleh NGO Malaysian Tamilar Kural, Muniandy turut menyelar Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan kerana mendakwa anaknya itu mempunyai sejarah mencederakan diri sendiri.
Kamalnathan didakwa berkata demikian melalui akhbar The Sun Daily bahawa Vasanthapiriya pernah memotong pergelangan tangannya pada 2016.
"Kepada Kamalanathan, saya kenal anak perempuan saya, dia tidak pernah melakukan perkara seumpama itu,. Dia tidak pernah mencederakan diri sendiri, apalagi memotong pergelangan tangannya. Jika dia melakukannya, sudah tentu akan ada rekod polis atau rekod hospital atau klinik.
"Kamu boleh semak, tidak ada satupun," katanya dalam sesi siaran langsung di laman Facebook NGO berkenaan.
Akhbar The Sun Daily turut memetik laporan kaunselor yang dikatakan menasihati keluarga remaja itu untuk mendapatkan bantuan perubatan selepas dia didakwa memotong pergelangan tangannya pada 2016.
Apabila ditanya mengenai perkara ini, Kamalanathan menjawap: "Ya, pada 2016, dia memotong pergelangan tangannya," sambil menambah bahawa laporan telah diserahkan kepada polis tetapi keluarga gadis itu tidak mengikuti nasihat kaunselor itu.


Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.