Bapa Mertua Mabuk ,Cium Menantu Perempuan Di Bibir

Bapa Mertua Mabuk ,Cium Menantu Perempuan Di Bibir

Loading...
Bapa Mertua Mabuk ,Cium Menantu Perempuan Di Bibir

MENGEJUTKAN. Seorang bapa yang mabuk telah mencium menantu perempuannya dekat bibir secara paksa di depan tetamu pada majlis perkahwinan anak lelakinya. Keadaan itu telah mengejutkan semua orang.

Kejadian itu berlaku di Wuzhou International Plaza di Yancheng, China pada 22 Februari lalu. Ia menjadi kecoh selepas video berkenaan dimuat naik ke dalam media sosial beberapa hari lepas.

Dalam video selama 8 saat itu, lelaki berkenaan telah menghampiri menantunya di atas pentas sebelum menarik wanita itu dan mencium bibirnya. Ia menyebabkan anak lelakinya serta tetamu lain terkejut.

Insiden memalukan ini telah memaksa keluarga lelaki itu memberikan penjelasan mengenai kejadian sebenar selepas banyak khabar angin disebarkan menerusi media sosial.
Mereka juga meminta supaya khabar angin itu dihentikan segera.

Antara khabar angin yang tersebar ialah anak lelakinya dikatakan telah membelasah bapanya dan ada juga yang memaklumkan bahawa lelaki itu membunuh diri selepas insiden tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat laporan bahawa keluarga dua-dua pengantin telah bergaduh hinggakan terdapat klip video satu pergaduhan yang tiada kaitan itu majlis perkahwinan tersebut telah disebarkan.

Polis yang menyiasat kejadian itu menjelaskan bahawa video pergaduhan itu sebenarnya berlaku pada satu majlis perkahwinan lain di Jiangsu.

Catat Ulasan

0 Ulasan