Loading...
Pepatah Arab sebut, ‘Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil’ Man Jadda Wa Jada. Bermakna rezeki Allah sentiasa ada untuk mereka yang berusaha.
Itulah yang dikongsikan oleh Maryam Salleh. Sebuah catatan tulus dari hati bagaimana impak kecekalan ibunya, Aminah Binti Awang, 72 mencari rezeki memberi kesan yang cukup besar dalam hidup wanita ini.
“Salah satu sebab saya masih menulis di Facebook ni ialah saya orang susah. Saya bukan datang dari anak orang senang. Saya tau ramai orang yang susah macam saya kan?” Ini catatan lanjut tentang kisah hidupnya membesar dari keluarga yang susah sehingga dia mampu cemerlang menjadi usahawan berjaya.
Ke Sekolah Berjalan Kaki, Panas Terik Ya Rabbi
Saya di besarkan di kampung dalam rumah yang ada dua bilik. Satu bilik untuk mak ayah dan satu lagi bilik kongsi adik beradik. Saya dan 2 orang lagi adik tidur sebilik dengan mak sampailah umur saya 11 tahun kot.
Susahnya waktu tu jamban pun takde dalam rumah. Ayah buatkan jamban di luar rumah. Sakit perot waktu malam takut giler nak pegi jamban. Takut hantu oi. Mak saya meniaga kuih-muih di pasar. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Dulu saya ke sekolah hanya berjalan kaki. Bayangkan balik sekolah tengari panas terik Ya Rabbi.
Masuk darjah 4 camtu kot barulah ada basikal , tu pun abang belikan. Dapat basikal waktu tu umpama dapat Ferrari. Hepi giler. Sejak dari tu baru lah ke sekolah gatih basikal sambil bonceng adik. Sedar diri anak orang susah saya cuba belajar bersungguh-sungguh dengan harapan dapat keje bagus-bagus dan bantu mak ayah.
Saya yakin dengan pendidikan mampu mengubah nasib saya sekeluarga. Waktu zaman sekolah saya tak pernah ambil mana-mana tuisyen di luar kerana kewangan tak mengizinkan. Dan saya membesar dengan melihat semangat mak saya mencari rezeki tanpa lelah membuat kuih untuk jualan setiap hari. Sejak kecil lagi saya sudah biasa ikut mak ke pasar dan menjual kuih .
Adakalanya waktu pergi kami tambang motor jika pasarnya dekat, tapi ada hari pasar yang jauh kami akan tambang kereta. Pernah satu kali kami balik tumpang lori bawang. Nak tak nak, saya dan mak duduk belakang lori bersama guni-guni bawang tu lar. Takkan lupa.
Beritahu Mak Tak Nak Sekolah
Macam tu lah life saya sehinggalah lepas SPM saya masuk ke tingkatan 6 selama 2 minggu dan balik rumah saya bagitau mak saya tak nak sekolah. Bila mak tanya kenapa saya bagitau “Buku rujukan tingkatan 6 banyak kena beli, pastu kena bayar yuran lagi, kena beli kasut kaler hitam lagi. Malas lah sekolah sebab mak pun takde duit .” Waktu tu mak hanya diam.
Allah takdirkan kakak saya pujuk saya ke sekolah dan dia akan bantu beli barang persekolahan. Janji saya belajar , dapat result bagus dan masuk Universiti. Mula-mula saya tak nak namun akhirya saya setuju. Habis tingkatan 6 saya masuk UUM dalam jurusan Accounting & Banking. Ayah tak setuju dengan course tu sebab dia suruh saya jadi cikgu. Cikgu ni masa depan cerah. Senang buat loan kerajaan.
Masalahnya saya tak minat jadi cikgu so memang tak minta apa-apa jurusan dalam pendidikan. Rasa cam derhaka pun ada.
Mungkin sebab tak dengar cakap ayah selepas grad saya tak dapat kerja dalam mana-mana bank. Segala jenis mak nenek bank yang ada kat Malaysia ni saya hantar resume namun tak ada pun yang panggil interview untuk jawatan officer. Tawaran untuk jadi sales credit card or debt collector banyak la. Apa la nasib. Hahaha..
Selepas tu saya mula tersedar akan impian ayah untuk saya jadi cikgu maka bermulalah episod memohon KPLI dan DPLI. Setiap tahun pegi exam. Lulus exam dapat interview. Sayangnya setiap kali interview mesti tak lepas. Malang sungguh nasib.
Jangan Dengki, Allah Dah Tetapkan Rezeki Kita Sejak Dari Alam Rahim
Nasib saya mula berubah..
Namun Allah jua lah yang Maha Pengasih, Maha Mengasihani rupanya rezeki saya ada dalam bidang perniagaan. Saya bermula dari zero bisnes online dan struggle dari bawah. Bila kita biasa dengan kesusahan kita jarang merungut.
Saya mulakan perniagaan dengan air mata dan semangat untuk merubah nasib diri dan keluarga. Biarlah orang lain selesa dengan kerjaya diorang. Tu rezeki diorang. Allah dah tetapkan rezeki kita sejak alam Rahim. Jangan dengki.
Saya nak kaya dan berjaya sebab famili terutama mak ayah saya yang semakin tua di mamah usia. Saya boleh pilih untuk hidup selesa tak perlu buat apapun kerana saya ada suami yang menanggung makan minum pakai saya.
Tapi mak ayah saya macamana? Takkan saya nak susahkan suami yang bergaji kecil untuk turut menyara mak ayah kita pula kan.
Saya yakin selagi niat kita betul dan letakkan Allah first dalam hati Insya-Allah tak d usaha yang sia-sia. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya serahkan pada yang kuasa. Cepat atau lambat DIA lah tempat kita bergantung memohon rezeki. Allah Maha Baik. Allah Maha Pemurah & Penyayang.
Terima kasih & Syukur Alhamdulillah Ya Allah KAU bantu aku hadiahkan sebuah rumah untuk bondaku tahun 2017. Lagi best tanpa sesen pun pinjaman.
Untuk rakan-rakan yang kasihi jangan down dan putus asa dalam mengejar impian. Simpan azam dan cita-cita kita dalam hati dan tulis di atas kertas. One fine day just show them yang kata kau tak mampu. Prove it.
U can do it. Please be strong 2018. Life is never easy.
Sumber/Foto : Maryam Salleh
0 Ulasan
jerit kat sini