Perut Buncit Di Sangkakan Mengandung Rupa-rupanya....

Perut Buncit Di Sangkakan Mengandung Rupa-rupanya....

Loading...
Perut Buncit Di Sangkakan Mengandung Ruparupanya:
                                iPiccy-image%2Bpelacuranhh.jpg
CONAKRY: Seorang wanita di Guninea telah mengaku bahawa diri nya adalah seorang bomoh hebat. Dengan menggunakan khidmat nya wanita (pelanggan) berkenaan akan mudah mendapat zuriat.

Kira-kira 700 wanita percaya bahawa mereka telah hamil. Bomoh ini telah pun di tahan oleh pihak berkuasa.

Laporan yang diterima daripada BBC, bomoh tersebut yang dikenali sebagai N’na Fanta Camara, telah memperdaya wanita yang sukar untuk mendapat zuriat dengan memberikan mereka ramuan campuran herba dan ubat-ubatan.

Ramuan tersebut akan membuatkan perut mereka menjadi kembung seolah-olah seperti mengandung.
Rata-rata pelanggan bomoh ini berusia di antara 17 hingga 45 tahun.

Sumber yang dapat diperolehi mengatakan mangsa akan dikenakan bayaran berjumlah A$$33 (RM130) bagi setiap khidmatnya. Sedangkan secara puratanyta golongan terpedaya ini hanya memperoleh pendapatan sebanyak A$$48 (RM190) sebulan.

“Pada awalnya,bomoh ini memberikan saya ubat-ubatan daun herba yang akan membuatkan kami muntah, sudah setahun saya menggunakan khidmatnya.

“Malah bomoh ini menyakinkan kami bahawa ubat-ubatan ini selamat dan bagus untuk kesihatan.
“Semakin lama kami minum herba itu, semakin kembung perut kami.Kemudian kami akan merujuk kepadanya. Lalu bomoh akan menyentuh perut kami dan mengisytiharkan bahawa kami mengandung,”kata salah seorang mangsa.

Namun, setelah diperiksa oleh doktor,kesan fizikal perut yang disangkakan hamil itu sebenarnya hanyalah tindak balas yang terdapat didalam herba buatan Camara yang memudaratkan.

Camara mendakwa tujuan utamanya membuat campuran memudaratkan itu adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bayangkan, dia menipu orang ramai sehingga mendapat keuntungan ribuan dolar setiap bulan, manakala mangsanya akan menderita akibat kemiskinan dan berat badan naik mendadak.

Disebabkan mereka yang tertipu dengan khidmat bomoh ini,200 wanita berkumpul di balai polis tempat ‘bomoh’ itu ditahan untuk menuntut keadilan.

Kes ini telah tular ke seluruh pelusuk Afrika dan rantau yang berdekatan, gambar keadaan perut mangsa yang membuncit akibat menderita hasil ramuan herba bomoh itu juga turut dipamerkan supaya menjadi pengajaran kepada semua orang.

Majoriti wanita di Afrika masih bergantung kepada kaedah tradisional di dalam urusan harian mereka termasuklah ubat-ubatan tradisional.

Sumber:Astro Awani .Editor: Ila

                                Captured.JPG
                           Capturell.JPG
                           Capturew.JPG

Catat Ulasan

0 Ulasan