Mengejutkan!!..Lelaki Ini Dedah Lokasi Sebenar Jambatan Emas Di Gunung Ledang

Mengejutkan!!..Lelaki Ini Dedah Lokasi Sebenar Jambatan Emas Di Gunung Ledang

Loading...
Mengejutkan!!..Lelaki Ini Dedah Lokasi Sebenar Jambatan Emas Di Gunung Ledang





Kawasan Gunung Ledang sarat misteri terutama dengan kisah Puteri Gunung Ledang.



“JIKA kita katakan jambatan emas yang disyaratkan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka yang mahu memperisterikannya sudah siap, maka saya yakin masyarakat akan kata kita gila” ujar Zainurin Sahir, seorang guru yang berasal dari Tangkak, Johor.

Guru berusia 50 tahun yang memiliki sebuah galeri barangan antik itu percaya, tidak mustahil jambatan emas antara tujuh syarat Puteri Gunung Ledang itu sebenarnya sudah siap merentasi di satu lokasi di kawasan Gunung Ledang namun ianya hanya berada di alam ghaib.

“Terpulang kepada persepsi orang tetapi saya tegaskan jika saya beritahu semua orang bahawa jambatan itu sebenarnya ada tentu sahaja orang akan katakan saya ini gila. Tidak semua orang boleh terima,” katanya.
puteri Gunung Ledang

Katanya, kewujudan jambatan itu malah syarat-syarat lain tidak mustahil memandangkan beliau sendiri percaya bahawa Puteri Gunung Ledang merupakan orang bunian yang tergolong di dalam mahkluk jin ciptaan Allah.


Menurut Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang, enam daripada tujuh syarat yang dikemukakan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka dapat ditunaikan kecuali yang terakhir iaitu semangkuk darah anakanda baginda yang tidak mampu ditunaikan oleh sultan itu.
Kata Zainurin, ada seorang sahabatnya yang berkebolehan melihat makhluk halus dan alam ghaib pernah memberitahunya bahawa jambatan itu sudah siap dan dia pernah ternampaknya merentasi di satu lokasi di sekitar kawasan Gunung Ledang.

“Terpulang kepada sesiapa juga mahu percaya atau tidak. Itu penerimaan masing-masing. Mungkin perkara ini akan dianggap mengarut kerana tidak semua manusia boleh melihat alam ghaib jadi tiada bukti untuk mengatakan ia benar-benar wujud sama ada di alam ghaib atau alam nyata,” katanya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sultan nk bunuh dan ambil darah anaknya. Masa tu Puteri hentikan. PGL fikir takkan nk bersama org yg sanggup bunuh anak sendiri . Maka PGL reject Sultan. PgL bermuslihat sahaja

    BalasPadam
  2. Sultan nk bunuh dan ambil darah anaknya. Masa tu Puteri hentikan. PGL fikir takkan nk bersama org yg sanggup bunuh anak sendiri . Maka PGL reject Sultan. PgL bermuslihat sahaja

    BalasPadam

jerit kat sini