Loading...
Lelaki Ini Buktikan Tak Perlu Ada Salji Pun Masih Boleh Meluncur Ski
Bila sebut meluncur ski dalam kepala kita semestinya di atas salji. Tapi berbeza dengan lelaki ini.
Dikenali dengan nama Candide Thovex, peluncur ski professional dari Peranchis ini membuktikan sukan ekstrim ini bukan hanya boleh dilakukan di atas salji, tapi juga di gurun, di laut, malahan di gunung ganang berumput dan di semak samun dipenuhi pokok.
Asal saja bentuk mukabuminya curam.
Asal saja bentuk mukabuminya curam.
Candide juga merupakan seorang usahawan dan pembuat filem aksi sukan lasak.
Aksi meluncur freestyle beliau sering mendapat perhatian di kalangan para peminat sukan ini kerana kreativiti berbeza yang ditampilkan di dalam filem yang dihasilkan.
Aksi meluncur freestyle beliau sering mendapat perhatian di kalangan para peminat sukan ini kerana kreativiti berbeza yang ditampilkan di dalam filem yang dihasilkan.
Candide turut memenangi berbagai pertandingan di luar negara dan dinobatkan antara yang terbaik di kalangan peluncur ski gaya bebas.
Video di bawah adalah antara rakaman terbaru beliau di beberapa lokasi di serata dunia, meliputi gurun, kawasan pergunungan, Tembok Besar China hingga ke Cappadocia di Turki.
Di dalam video ini anda bukan saja dihidangkan dengan aksi freestyle awesome beliau tapi juga pemandangan indah di lokasi tersebut.
0 Ulasan
jerit kat sini