Loading...
Dapatkan Kulit Wajah Secantik Kulit Kate Middleton
Pelik tapi benar, memang itu yang dikongsikan oleh jurusolek peribadi Kate Middleton mengenai rahsia penjagaan kulit wajah Kate.
Menurut Debora Mitchell menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning, Kate hanya menggunakan Nutella dan gula untuk mengekalkan kesihatan pada kulit wajahnya.
Mitchell memberitahu bahawa Kate hanya menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga kesihatan kulit wajahnya. Bahan yang digunakan ialah dengan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).
Menurut Michell lagi, kaedah yang digunakan itu adalah sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah. Selain itu, campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.
Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah. Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!
Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan kepada artis-artis ternama seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.
Kate Middleton kini mencecah umur 35 tahun tetapi penampilan serta kulit wajahnya tak menunjukkan langsung sebarang kedut.
Malah cara beliau berpakaian juga sering jadi ikutan wanita lain termasuk golongan remaja.
2 Ulasan
cantikkan dia...kita suka tengok dia ni..
BalasPadamkulit dia nampak bersih
Padamjerit kat sini