Cuaca Sejuk Landa Malaysia, PM Pun Rasa Juga

Cuaca Sejuk Landa Malaysia, PM Pun Rasa Juga

Loading...
Bukan Anda Saja Rasa Sejuk Di Malaysia, PM Pun Turut Rasa Juga:






Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan cuaca di sebelah utara Semenanjung akan mengalami sedikit sejuk dan suhu boleh mencecah sehingga 20 darjah Celsius pada waktu Subuh.

Di Kuala Lumpur, setakat tengah hari ini suhu mencatatkan pada 25 darjah Celsius.

Perubahan cuaca itu yang berlaku sejak Khamis minggu lalu susulan hujan berterusan nampaknya turut dirasai oleh Datuk Seri Najib Razak yang selamat tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi.

Perdana Menteri dalam kemaskini di laman Twitter berkata, beliau berasa sejuk seperti berada di Jeddah.

“Wah..sejuk betul cuaca Malaysia hari ini, macam di Jeddah! Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air,” katanya dalam catatan, beberapa jam lalu.


Lawatan kerja Najib ke Arab Saudi Sejak 8 Januari lalu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui bersama semasa kunjungan baginda ke Malaysia tahun lalu.

Berkongsi mengenai lawatan tersebut, Najib menerusi catatan di blognya, najibrazak.com, melahirkan rasa syukur kerana lawatan kali ini telah mencapai matlamat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

Katanya, hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi sudah lama terjalin, malah bertambah akrab selepas kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama yang dikunjungi baginda di Asia.

“Hasil kunjungan tersebut juga, kita telah menerima banyak manfaat sama ada dalam pendidikan, perniagaan, pelaburan, dan juga keagamaan. Pada masa sama, saya juga telah dijemput oleh baginda Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, minggu ini saya berpeluang memenuhi jemputan tersebut selain berkesempatan mengerjakan umrah bersama bonda Tun Rahah serta keluarga tercinta.

“Dalam pertemuan dua hala saya bersama baginda Raja Salman, kami telah membincangkan perkara seperti yang dipersetujui dalam kunjungan terdahulubBaginda ke Malaysia, antaranya kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadah Haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya,” demikian menurut Najib, malam tadi.

Dalam pada itu Ketua Pengarah MetMalaysia Alui Bahari berkata keadaan sejuk yang berlaku ini adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.

Memetik Bernama, Alui mengesahkan suhu paling rendah adalah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu pada 21 darjah Celcius sejak tengah malam tadi hingga awal pagi.

“Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan dengan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteoreologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celcius minimum dan maksimum 25 darjah Celcius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celcius,” katanya.

Sementara semakan di laman Twitter, rata-rata pengguna media sosial itu turut berasa sejuk susulan perubahan cuaca yang berlaku, selain berharap cuaca di Malaysia akan ‘terus kekal sejuk’.



– mD

Meteorologi Sahkan Berlaku Penurunan Suhu Di Malaysia

abatan Meteorologi Malaysia hari ini mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celsius sejak tengah malam tadi hingga awal pagi.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata bagaimanapun keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.

“Cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak semalam.

“Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan dengan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celsius minimum dan maksimum 25 darjah Celsius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu suhu sejuk melanda beberapa negeri yang ditularkan menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Alui berkata perubahan suhu itu turut disumbangkan oleh keadaan berawan dan hujan renyai di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta hujan sederhana di Pahang dan Johor.

“Kita jangka keadaan akan kembali normal hari ini selepas hujan reda,” katanya menambah fenomena itu tidak melanda negeri-negeri di utara Semenanjung.
— BERNAMA

Catat Ulasan

0 Ulasan