"Belakang adik, ayah cabul dan r0g0l saya." Habis adik beradik dir0gol bapa sendiri.

"Belakang adik, ayah cabul dan r0g0l saya." Habis adik beradik dir0gol bapa sendiri.

Loading...
"Belakang adik, ayah cabul dan r0g0l saya." Habis adik beradik dir0gol bapa sendiri.

Tu dia habis adik beradik kena rogol dek bapa sendiri. 

Cerita kat mak, mak tak percaya. Cerita kat cikgu, cikgu tak tau nak buat apa. Bila suruh buat report polis, si anak takut bapa mereka masuk penjara. 

Kata mereka, kalau abah masuk penjara, siapa nanti nak bagi makan depa?


"Ayah bagi telefon dia pada adik. Adik amik fon dan main fon.
Belakang adik, ayah mencabul dan rogol saya."
Walaupun ia kedengaran tidak masuk akal, tetapi setelah 5 tahun berlalu dan aduan kepada mak tidak diendahkan, beritahu kepada cikgu, mereka takut masuk campur akhirnya melakukan hubungan seks hadapan adik beradik seramai 4 orang pun dah tiada perasaan.
Tapi ia menyakiti anak ini, semua anak.
Akhirnya, di sekolah menengah baru-baru ini, pelajar perempuan ini cuba memberitahu guru. Guru itu menghubungi saya dan setelah sejam memandu saya tiba di perkarangan sekolah.
Semua aksi seks, namakan sahaja.
Saya beri dia dua ujian kehamilan. Keduanya negatif.
Dan inilah permulaan kami.
Saya perkenalkan siri saya.
Saya jelaskan kami semua disini untuk melindunginya.
Tanya nama, tanya nama panggilan apa.
Gurunya telah menjelaskan kepada saya lebih awal apa telah berlaku dan mereka mahu tahu apa perlu mereka lakukan.
Hubungi 15999
Laporkan kepada Polis
Dapatkan laporan perubatan.
Tapi anak ni tak takut semua tu.
Dia hanya nak tahu, apa jadi nanti kepada mak dan adik beradik yang lain.
Dia tetap sayang ayah. Dia cuma nak ayah berhenti berbuat jahat padanya.
Saya kata kepadanya hari ini saya cuba buat apa yang dia mahukan.
Nak lapor polis? Tak tahu.
Habis dik, nanti siapa nak bagitahu ayah supaya jangan buat lagi? Tak tahu.
Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat.
Akhirnya dia bersuara, kakak pun kena juga. Kalau kakak lapor, saya lapor.
Kakaknya tinggal di Kuala Lumpur dan dia di Selangor.
Dia menghubungi kakaknya.
Kakak juga berfikiran sama seperti dia.
Nanti apa kata keluarga.
Nanti apa kata jiran.
Nanti ayah kena buang kerja.
Saya nak sambung belajar, kalau ayah tak kerja sapa nanti nak tanggung belajar.
Takpelah, biarkan aje. Mak kata bagi peluang.
Saya jelaskan lagi sekali..
Kakak kata, nak fikirkan dulu. Malam ni bagitau.
Ok.
Saya teruskan bercakap dgn budak perempuan tadi didepan saya.
Kini dia makin berani bersuara. Lebih baik dari tadi.
Rasa lega katanya.
Saya jelaskan lagi, ni sementara sahaja. Nanti balik cuti lain pulak.
Kami pulang menunggu jawapan.
Kami hubungi JKMWPKL, pasukan beruniform dan persiapkan guru.
Dan tunggu.
Baru sekejap tadi, kakaknya mengesahkan.
"Buatlah laporan, tapi biar hujung minggu waktu ayah tak kerja."
Dan sebagai seorang yang menghormati kehendak anak2 ini, saya harap dapat berbuat lebih baik.
Semua orang telah sedia. Kini masa untuk sistem berjalan.
Tapi yang saya paling sedih, dikalangan adik beradik ini, dah boleh kongsi " Kau kena tak semalam?" sesama sendiri sebab dah biasa kena. Lebih 5 tahun.
Jika anda tanya saya, peranan isi keluarga ini menjadi sebab utama mengapa mereka fikir tidak mahu melaporkan.
Ayah seorang sahaja yang kerja.
Mak suri rumah.
Tiada datuk nenek saudara dan ada konflik keluarga.
Jadi kalau ayah masuk penjara, siapa yang susah. Mereka yang susah.
Jadi penyelesaian yang itu perlu.
Bayangkan bagaimana nak jelaskan jawapannya kepada seorang anak kecil?
Mana sempat nak maki-maki. Saya senyum sahaja.
Dan menjelaskan macam mana sistem kita berfungsi.
* Saya mungkin ada penempatan sementara
Apa masyarakat boleh buat?
Kenal balai polis yang berdekatan.
Dapatkan number telefon polis.
Ingat 15999. Ajar pada semua anak-anak.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.

(especially cikgu, kaunselor, jiran)
Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb.

Catat Ulasan

0 Ulasan