Termahal Di Dunia! Kos Perkahwinan Putera Harry Didedahkan

Termahal Di Dunia! Kos Perkahwinan Putera Harry Didedahkan

Loading...
Termahal Di Dunia! Kos Perkahwinan Putera Harry Didedahkan


Masih segar dalam ingatan akan busana perkahwinan Lady Diana dengan leretan kain sepanjang 25 kaki.

Perkahwinan yang ditonton seramai 750 juta penduduk serata dunia itu dikatakan menelan belanja US$48 juta dan meningkat kepada US$110 juta selepas kos inflasi.

Sebanyak 27 biji kek perkahwinan setinggi 5 kaki digunakan, mengambil masa selama 14 minggu untuk disediakan.


Turut digelar “wedding of the century”, seramai 4,000 anggota polis serta 2,201 orang pegawai tentera ditugaskan untuk mengawal penonton yang hadir.

Kini anak lelakinya pula dikhabarkan Meghan Markle dan Putera Harry akan mengadakan pernikahan pada Mei 2018. Pasangan ini merancang akan menyiarkan perkahwinan megah tersebut secara langsung di TV.

RM122.9 Juta untuk Pernikahan

Pernikahan keduanya akan diadakan di St. George’s Chapel di Istana Windsor. Menurut sumber, kos yang dikeluarkan oleh istana untuk pernikahan Pangeran Harry dan Meghan Markle bisa mencapai US $30 juta atau sekitar RM 129 Juta.

Istana Windsor
“Harry dan Meghan ingin mengadakan pernikahannya yang terbaik. Hari itu akan menjadi hari penuh dengan kemewahan dan keindahan,” kata sumber dari Hollywood Life, Jumaat (8/12).

RM102 Juta Untuk Kawalan Keselamatan

Tak hanya itu, mereka juga harus mengeluarkan kos tambahan untuk keselamatan. Sekurang-kurangnya US $25 juta sekitar RM102 Juta diperlukan untuk memastikan keselamatan ketika resepsi pernikahan Putera Harry dan Meghan Markle.


Bermakna anggaran jumla keseluruhan kos perkahwinan diraja melebihi RM244 Juta.

Namun ternyata, ramalan kos pernikahan Putera Harry dan Meghan Markle tak jauh beza dengan abangnya, Putera William. Ketika mengadakan pesta pernikahan dengan Kate Middleton, pihak istana mengeluarkan dana sebanyak RM131 juta dan RM129 juta lainnya untuk keselamatan.

Namun hingga kini, masih belum ada pengesahan langsung dari pihak istana dari berita ini

Catat Ulasan

0 Ulasan