Shashi Kapoor Dalam Kenangan

Shashi Kapoor Dalam Kenangan

Loading...
Shashi Kapoor Dalam Kenangan


Bersama isteri


NEW DELHI – Bintang le­genda Bollywood, Shashi Kapoor meninggal dunia pada usia 79 tahun di Hospital Kokilaben Ambani, Mumbai semalam.

Berita itu disahkan oleh anak saudaranya, aktor Randhir Kapoor kepada agensi berita Press Trust of India(PTI). Menurut Randhir, bapa saudaranya menderita kegagalan buah pinggang.
“Ya, beliau telah meninggal dunia selepas mengalami masalah buah pinggang dan telah menjalani rawatan dialisis selama beberapa tahun,” katanya.
Pihak hospital juga mengesahkan kepada PTI bahawa aktor veteran itu meninggal pada pukul 5.20 petang (10 malam waktu Malaysia). Upacara pengebumian akan diadakan hari ini.
Shashi yang dilahirkan pada tahun 1938 telah membintangi 116 filem Hindi termasuk 61 daripadanya sebagai hero. Antara filem popularnya termasuk Jab Jab Phool Khile (1965), Kabhi Kabhie(1976) dan Kalyug (1981).
Shashi memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Aag dan Awaara.
Pemergian Shashi mengundang duka dengan Presiden India, Ram Nath Kovind turut melahirkan kesedihannya di laman Twitter di samping pengarah terkenal, Karan Johar dan lain-lain selebriti Bollywood.
Shashi yang membuat penampilan istimewa di khalayak selepas menerima anugerah kehormat perfileman Dadasaheb Phalke menjadi tular di internet dua tahun lalu.
Dia berkahwin dengan aktres Jennider Kendal dan dikurniakan dua anak lelaki, Karan dan Kunal serta seorang anak perempuan, Sanjana Kapoor. – Agensi

Catat Ulasan

0 Ulasan