"Sampai Hati Mak Buang Saya"

"Sampai Hati Mak Buang Saya"

Loading...
"Sampai Hati Mak Buang Saya"

“Tolong jaga anak ini baik-baik. Maaf sebab saya terpaksa buang dia, tapi saya akan melihat dia dari jauh. Tolong jangan bagi tahu dia, beritahu lah mak cik pak cik adalah ibu dan bapa kandung dia. Maaf sekali lagi.
"Saya tidak dapat jaga dia tapi saya sangat sayangkan dia, maaf saya datang dari jauh, dengan harapan inginkan kebaikan kepada anak saya, biarkan dia hidup bahagia, janganlah bagi orang kutuk, hina dia anak haram, tolong jaga dia dan jangan bagi tahu orang luar selain keluarga.”
Itu nota, dipercayai ditinggalkan ibu kepada bayi lelaki masih bertali pusat yang ditemui dalam keadaan dibalut dengan langsir dan ditinggalkan dalam kotak di tepi pasu bunga rumah di Jalan Selasih, Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, Taiping, hari ini.


Bayi dipercayai baru beberapa jam dilahirkan itu ditemui penghuni rumah berkenaan pada 2.15 pagi.
Difahamkan, penghuni rumah berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum memeriksa kawasan sekeliling rumah dan menemui bayi itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, bayi berkenaandiletakkan di atas plastik hitam di dalam kotak.
Katanya, saksi yang menemui bayi itu mendapati uri bayi turut dibalut bersama kain sebelum menghubungi talian kecemasan dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Taiping.
"Bayi seberat lebih dua kilogram (kg) itu berada dalam keadaan aktif dan menurut doktor bayi itu baru dua jam dilahirkan.
“Pemeriksaan ke atas kain langsir membalut bayi itu menemui satu nota,” katanya.
Razlam berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan