Saloma Disaat Akhir Kematiannya

Saloma Disaat Akhir Kematiannya

Loading...
Saloma Disaat Akhir Kematiannya

RAMAI tidak tahu hubungan seniwati Rosnani Jamil dan Allahyarham Puan Sri Saloma bukanlah sekadar teman biasa dalam perjuangan seni tetapi kawan yang sama-sama ketawa dan menangis.
Bagi Rosnani, kematian Saloma pada 25 April 1983 satu kehilangan yang amat peribadi.



Mengimbas kembali kenangannya bersama Biduan Negara itu, 


Rosnani yang membahasakan dirinya `Mak' berkata: "Mak dengan dia (Saloma) memang
best friend. Tapi, selain Mak dan Saloma, seniwati Latifah Omar dan seorang lagi
yang bukan anak wayang, Rokiah juga menjadi sahabat kami.

"Pendek kata, kami berempat ini memang sentiasa bersama," kata Mak Nani.Pun begitu, hubungan baik Mak Nani dan Saloma sebenarnya bermula sebelumMak Nani menjadi bintang filem lagi.
Saloma ketika itu juga belum menjadi penyanyi.


Ketika kecil, mereka berdua sering mengaji al-Quran bersama di Jalan Sultan, Singapura.
Mereka kemudian berpisah selepas Saloma terpaksa mengikut bapanya berpindah
ke Pontian, Johor selepas ibu dan ayahnya bercerai. Ketika usia mereka belasan tahun, Mak Nani bertemu kembali dengan Saloma, sekembalinya dia ke Singapura.


"Masa itu, Saloma dah aktif ikut kugiran. Mak pun masa itu ikut kugiran juga. Kami sama-sama jadi penyanyi.
Selepas itu, kami berpisah lagi.Ketika itu, Mak dah jadi bintang filem dan Saloma pula dah
jadi penyanyi kelab malam.


"Kemudian dengan kuasa Tuhan, Saloma berkahwin dengan A R Tompel. Dia dapat duduk di berek di Boon Teck Road seperti mana Mak. Kebetulan pula kami berjiran.
"Dari situ, hubungan kami terjalin kembali. Kami semakin rapat apabila Saloma melahirkan Armali. Ibu Mak yang jaga anaknya itu," katanya.

Ketika itu juga, Mak Nani, Saloma dan Latiah Omar sudah bersahabat baik.
Kemudian, bila mereka berpindah ke Kuala Lumpur, mereka bertiga bertemu pula Rokiah. Sehingga kematian P Ramlee dan sehinggalah Saloma sakit, Mak Nani tidak pernah jemu-jemu berada di sisi Saloma.

"Masa Saloma sakit, Mak dan Latifah yang menjaganya. Setiap hari, kami melihat keadaannya tenat. Sehari sebelum meninggal, 

Mak datang ke hospital pada waktu pagi. Latifah pula datang waktu petang. Mak datang lagi pada
waktu malam untuk hantarkan nasi kepada anak Saloma, termasuk Linda, Rozie
dan Dian.



"Kemudian Mak balik ke rumah dan ketika menonton TV, Linda atau Sasha(anak Mariani yang dibesarkan Saloma) hubungi Mak. Dia minta Mak datang sebab doktor suruh panggil.
"Mak pergi ke sana. Mak bawa Arwah Ustaz Aziz dari Kampung Tunku atas permintaan Linda. Bila Mak sampai, anaknya  berada di situ. Mak terus pegang tangan Saloma.


Mak bisik pada telinganya dengan berkata: "Hello sayang... I lahh.... If you can hear me please squeeze my hand.


Saloma buat seperti apa yang mak kata. Mak kemudian bacakan Fatihah untuknya. Ustaz Aziz juga turut membaca sesuatu," kata Mak Nani.
"
Mak tengok perut dia. Mak letak kepala Mak di perutnya.. Perutnya `naik'. Tangannya
juga tak lepas pada tangan Mak. Tapi, bila perutnyaturun, ia terus tak naik-naik lagi... Mak tak mahu tengok muka dia (Saloma)...
"Bila Ustaz Aziz kata dia sudah tidak ada lagi, Mak pada mulanya tidak percaya.
Tapi, Mak akhirnya terpaksa terima hakikat pemergiannya.


Mak kemudian cium tangan Saloma dan kemudian beritahuLinda, Sazali, Armali dan Dian, yang Mama (panggilan untuk Saloma) sudah tidak ada," katanya masih dalam nada sebak.
Jelas Mak Nani lagi, dia terus mendapatkan doktor,
menghubungi anaknya, Anwardi Jamil (Didi) dan menyampaikan
berita dukacita itu kepada ibu Saloma.


"Akhirnya tinggalkan Mak, Didi, Mali (Armali) dan bapa tiri Saloma di hospital itu. Mak uruskan ambulans.
Malangnya, jenazah beliau tidak dibenarkan dibawa dalam ambulans.


"Mak terpaksa pula cari van. Mak buat segala-galanya sampai doktor ingat Mak kakak atau adik Saloma. Bila dapatvan, kami berempat bersama jenazah  Saloma keluar dari hospital.
"Keadaan sungguh sepi pada waktu itu. Mak sedih sebab orang yang begitu
terkenal dan dipuji suatu ketika dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang tiada
sesiapa pun tahu dan hanya kami berempat yang membawa jenazahnya pulang," katanya mengimbas
kenangan pada 25 April 1983 itu.


Pada waktu yang sama, Mak Nani tidak memberitahu hal kematian Saloma itu kepada Latifah kerana seniwati itu mempunyai sakit jantung.

"Mak tak mahu dia susah hati bila dapat berita mengejutkan
ini," katanya.
Untuk kali terakhir, Mak Nani melihat wajah Saloma ketika
jenazahnya dibawa ke rumahnya.
"Mak beritahu ibu Saloma, sebagai sahabat, saya sudah melakukan tugas saya. Sampai sekarang Mak tak
pernah tengok kubur dia (arwah Saloma) sebab Mak berasa dia masih hidup lagi dan bernafas," kata Mak
Nani menangis.
"Tapi, saya rasa sudah sampai masanya kebenaran cerita mengenai kematian Allahyarham Saloma diketahui umum.
Orang tidak tahu penderitaan dia. Sewaktu dia mula-mula mendapat kanser  tulang, dia selalu bingung dan susah hati.


"Banyak benda yang menyusahkan dirinya selepas P Ramlee meninggalkannya.Dia tidak ada pendapatan tetap tapi pada masa yang sama dia ibarat ketua keluarga dalam rumahnya.
"Apabila tertekan, dia datang ke rumah Mak. Mak masakkan lauk untuk dia
sambil tonton video," kata Mak Nani.


Seperkara yang sama mengenai Saloma dan Mak Nani ialah mereka berbintang Capricorn tetapi dilahirkan pada tarikh dan tahun berbeza. Saloma pada 23 Januari 1935 manakala Mak Nani pada 20 Januari 1936.


"Karektor kami berdua hampir sama. Tapi, yang membezakan kami ialah Mak
suka berkawan dan berjalan, Saloma pula sebaliknya. Tapi, kalau dia dah sayangkan orang itu, dia memang
benar-benar sayang. Kalau orang dah kecilkan hatinya, susah dia nak maafkan orang itu.
"Tapi, Saloma memang benar-benar sayangkan Ramlee. Macam mana Ramlee cakap buruk fasal dia, Saloma tetap suka dengan Ramlee. Lagipun, dia bertemu jodoh dengan Ramlee pun dengan cara yang sabar," kata Mak Nani.

Cerita Uji Rashid tentang Saloma:

Uji menambah, selepas P Ramlee meninggal dunia, mereka dijemput untuk menjayakan pertunjukan nyanyian lagu popular Allahyarham.
Pada penghujung pertunjukan, Saloma muncul dan menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti.
"Kami juga pernah membuat persembahan di Stadium Merdeka. Ramai penyanyi popular turut serta seperti Hail, L Ramlee,  A Ramlee dan Andre Goh. Sekali lagi arwah Saloma dijemput.

"Dari situ, saya semakin rapat dengannya kerana sering mengadakan persembahan bersama. Ketika
menjayakan persembahan teater Kuala Lumpur! Kuala Lumpur! arahan Datuk Rahim Razali pada 1974, 

Saloma dijemput sebagai bintang utama. Arwah mendendangkan lagu Air Mata
Di Kuala Lumpur, seolah-olah memberi gambaran dia tidak lama hidup di dunia ini.
"Apabila jatuh sakit dan saya sering

melawatnya. Ada kala saya ke hospital bersama Rahim Razali," cerita Uji yang mulai sebak.
Menurut penyanyi terkenal itu lagi, dia menyimpan beberapa kenangan yang hingga kini masih tersemat kukuh di kotak ingatannya.

"Arwah gemar benar membelai rambut anak tunggal saya, Cico. Cico akan memanggilnya Mamama (mama

kepada mama). Satu lagi, arwah juga suka sangat membelek kukunya.
"Saya akui arwah memiliki kuku yang cantik. Malah dia begitu mengambil berat mengenai kukunya serta menjaganya dengan baik. Ada kala, dia memintal rambut dengan hujung kukunya itu.


"Ketika terlantar, saya dan bekas suami saya (Jam) pergi menziarahinya.Ibu arwah bertanya, kenal tak siapa yang datang melawat. Dia akan menyebut satu persatu nama kami.
"Dia berkata, `Ji, kuku I ni tak ada orang bela, dah tak cantik lagi'.Ibu Saloma segera memberi isyarat. Saya pun cakaplah,
"Mama, you have the best and beautiful nails around".
Dia bertanya balik, iye ke?


"Jika ada yang perasan, karektor sebenar arwah ada ditonjolkan dalam Seniman Bujang Lapok, terutama ketika adegan arwah diganggu Sharif Dol,"katanya.
Uji adalah antara penyanyi yang sering diundang
Saloma untuk sama-sama menyerikan persembahannya.


"Perangai arwah, dia jarang memanggil ramai penyanyi.
Saya masih ingat apabila kami dijemput membuat persembahan untuk kerabat sebuah negeri, dia mengajak saya turut serta.
"Di hotel itu, dia menjaga saya seperti seorang ibu.

Apabila berkumpul beramai-ramai, dia dapat merasakan yang saya tidak begitu selesa. Dia mencari alasan agar saya dapat beredar dengan baik.
"Di bilik, kami akan sambung bercerita. Apabila dah lama sangat, dia akan menyuruh saya tidur.
"Apa yang saya perhatikan, ingatan serta kerinduan arwah terhadap P Ramlee begitu mendalam.
Ia tidak pernah padam. Sebelum tidur, dia pasti akan membacakan surah Yasin serta Fatihah," kata Uji.
Katanya, arwah juga begitu menyayangi anaknya, Armali. Kalau ternampak AR Badul, dia akan belikan baju.
"Selalunya Badul akan menjadi `model' untuk mencuba pakaian itu terlebih dulu. Saya tanya dia kenapa, katanya
"senang sebab mereka satu saiz".
Apabila Uji mula menyanyi, Saloma banyak memberi perangsang malah mengetengahkan bakat penyanyi muda itu kepada EMI.


"Dia yang bagi recommendation, pada hal saya tidak minat untuk menyanyi. Ketika rakaman album, saya meminta keizinannya untuk menyanyikan semula lagu Mengapa Dirindu.
"Dia memberi keizinan tetapi bersyarat,saya perlu membawanya dengan gaya sendiri dan tidak merosakkan laguitu. Apabila album itu siap dirakamkan,saya memberinya salinan. Dia puji kerana katanya saya ada gaya tersendiri.


"Saya bersyukur Saloma beri restu untuk saya terbabit dalam bidang nyanyian," kata Uji yang turut
merakamkan semula lagu popular Allahyarham seperti Jikalau Abang
Merindu, Aku & Dia dan Bintang Malam.


Uji banyak berkongsi suka duka dengan
Saloma. Malah dia terkilan dengan sikap sesetengah promoter pertunjukan ketika itu yang tidak menghormatiarwah sebagai penyanyi veteran.
"Kami pernah dibayar dengan note seringgit. Bayangkanlah, betapa tebalnya wang yang kami terima. Dah
jadi satu kerja pula untuk mengiranya.
Simpati melihat keadaan arwah yang ketika itu sudah lemah, Hail menyuruhnya berehat.

Siap mengira, Hail menyerahkan wang itu kepada arwah.
"Kami juga pernah ditipu promoter. Satu sen pun bayaran tidak kami terima ketika mengadakan
persembahan di Sabah.


Arwah sempat berpesan, jika saya ke situ, tolong minta wang yang dijanjikan. Hingga dia menutup
mata,wang itu kami tidak pernah dapat.
"Saya hairan mengapa insan sebaik arwah diperlakukan seperti itu? Dia tidak pernah bercerita hal orang lain
apatah lagi menganiaya. Kalau kami bersama, dia banyak bercerita mengenai dirinya serta kenangan ketika
bersama arwah P Ramlee," kata Uji.
Uji turut meluahkan kekagumannya Biduan Negara itu.


"Arwah akan menjahit pakaiannya sendiri. Apabila ada pertunjukan pentas, dia mula sibuk menjahit. Malah ada di antara baju arwah, saya gunakan ketika berlakon Jauh Pandangan. Menyesal pula kerana tidak minta satu untuk disimpan sebagai kenangan," katanya.


SAMA-SAMA KITA SEDEKAH AL-FATIHAH SEMOGA
ROH SALOMA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH - AMIN

Catat Ulasan

0 Ulasan