"Kan Saya Dah Bayar, Kena Kemas Juga Ke?"Penghuni Homestay Pengotor

"Kan Saya Dah Bayar, Kena Kemas Juga Ke?"Penghuni Homestay Pengotor

Loading...
"Kan Saya Dah Bayar, Kena Kemas Juga Ke?"Penghuni Homestay Pengotor

Setiap kali tibanya musim sekolah merupakan masa yang paling sesuai untuk melakukan percutian bersama keluarga, sanak-saudara mahupun bersama rakan handai bagi meluangkan masa berharga bersama.

Ketika percutian tersebut pasti hotel mahupun rumah penginapan akan menjadi salah satu tempat yang sering dituju untuk dijadikan tempat persinggahan sementara bagi bermalam.

Namun begitu tidak semua yang menginap di hotel serta homestay mampu menjaga tempat yang didiami sementara tersebut seprti rumah sendiri.

Seperti yang berlaku kepada sebuah homestay yang didiami oleh sekeluarga apabila pemilik homestay tersebut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap penghuni homestay yang menyewa tempatnya itu.

Menurut pemilik homestay tersebut dia amat terkilan selepas penghuni tersebut mendaftar keluar dengan meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan yang amat kotor serta bersepah.

Melalui kiriman gambar yang dikongsikan oleh pemilik homestay tersebut dapat dilihat kawasan ruang tamu serta dapur yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dengan sisa makanan serta barangan perkakasan yang digunakan ditinggalkan tanpa dikemas kembali mahupun dicuci bersih selepas digunakan.

Malah dia tidak menyangka penghuni yang menyewa dengannya itu bersikap pengotor seperti itu kerana baginya Islam sendiri pun tidak mengajar kita meninggalkan kawasan rumah dalam keadaan yang kotor sedemikian rupa kerana persekitaran yang kotor merupakan tempat yang paling digemari oleh Syaitan.

Selepas pemilik tersebut telah mengongsikan homestaynya yang ditinggalkan dalam keadaan kotor, seorang individu yang mendakwa bahawa dia merupakan penghuni yang menyewa homestaynya ketika hari tersebut telah tampil memberikan kenyataan.

Menurut individu terbabit, dia sama sekali tidak mengetahui bahawa di Sarawak sebelum meninggalkan homestay tersebut mereka dikehendaki membersihkan semula segala kotoran yang dilakukan kerana menurutnya bukankah mereka telah membayar sewa homestay tersebut.

Malah menurut individu berkenaan, ini bukanlah merupakan homestay pertama yang didiami olehnya serta bukan hanya di Malaysia malah di luar negara pun dia pernah menginap di homestay dan menurutnya lagi bukankah bayaran sewa tersebut telah termasuk dalam perkhidmatan servis yang mereka lakukan.

Untuk apa bayaran sewa tersebut diambil jika mereka perlu mengemaskan kembali homestay tersebut sebelum keluar kerana mereka menginap disitu bukanlah dengan caj percuma malah berbayar.

Bagi beliau telah banyak tempat yang dia pergi dan tidak pernah jadi masalah seperti ini yang meminta mereka mengemaskan kembali segala peralatan serta sampah yang ada.

Namun begitu bagi pemilik tersebut ianya bukanlah sikap yang baik jika meninggalkan homestay dalam keadaan sebegitu dan turut mengeluarkan kenyataan bahawa jika tahu macam inilah perangai penyewa tersebut jika dibayar RM1000 satu malam pun dia taknak bagi sewa kepada mereka.

Bagi masyarakat diluar sana, tidak salah pun kalau kita ringankan tangan mengemaskan kembali tempat penginapan yang kita diami walaupun kita tahu terdapat orang lain yang akan mengemaskan untuk kita kerana tidak salah pun jika kita saling meringankan beban orang lain.







Catat Ulasan

0 Ulasan