Cinta Tidak Di Restui,Pasangan Adik Beradik Gantung Diri

Cinta Tidak Di Restui,Pasangan Adik Beradik Gantung Diri

Loading...
Cinta Tidak Di Restui,Pasangan Adik Beradik Gantung Diri

KATA orang, restu ibu bapa itu penting bagi menjamin hubungan cinta agar ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan.Kerana tak dapat restu, pasangan adik-beradik tiri bergelar kekasih ini gantung diri

Bagaimanapun, bukan semua hubungan cinta boleh direstui oleh kedua-dua ibu bapa.
Itulah yang terjadi kepada satu pasangan kekasih yang juga merupakan adik-beradik tiri, berlainan ibu ini.

Kejadian tragik cinta sesama mahram tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kampung yang terletak di Koreng, Sulawesi, Indonesia.

Rio yang juga abang tiri kepada adik perempuannya yang berusia 14 tahun dipercayai telah menggantungkan diri mereka akibat hubungan ‘cinta’ mereka tidak direstui.

Menurut ibu bapa mangsa, kedua-dua mereka memang rapat sejak kecil kerana pertalian darah yang dimiliki. Namun, keakraban mereka telah membuahkan bibit-bibit cinta apabila berginjak dewasa.

Tidak tahan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan orang kampung, ibu bapa mereka bertindak melarang pemuda berusia 20 tahun itu berjumpa dengan adik tirinya itu.

Mereka beranggapan perkara tersebut dapat melupakan perasaan ‘cinta’ yang timbul. Sebaliknya lain pula yang berlaku apabila kedua-dua remaja berkenaan dijumpai mati tergantung.

Kedua-dua mayat itu telah dijumpai oleh bapa mereka pada jam 8 pagi tadi selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Rio merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan isteri pertama, manakala remaja perempuan itu merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan isteri kedua selepas penceraian dengan ibu Rio.

Selepas isteri pertama bapanya meninggal dunia, Rio dilaporkan di bawah jagaan bersama antara bapa dan isteri keduanya.

Disebabkan itu juga, Rio serta adik tirinya semakin rapat. Namun, ibu bapa mereka tidak menyangka keakraban tersebut membuatkan mereka menyimpan perasaan cinta sejak setahun yang lalu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan