Bekas Isteri Buat Laporan Polis Dakwa Adi Putra Palsukan Sijil Nikah

Bekas Isteri Buat Laporan Polis Dakwa Adi Putra Palsukan Sijil Nikah

Loading...
Bekas Isteri Buat Laporan Polis Dakwa Adi Putra Palsukan Sijil Nikah

Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra, Norshahida Zolkifly, 34, mendakwa pelakon itu pernah membuat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara pada awal Januari lalu lapor Utusan Online.

Dua laporan polis berkaitan dengan perkara itu juga telah dibuat oleh Norshahida di Balai Polis Nilai di sini pada 30 November lalu untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Norshahida, dia membuat laporan tersebut kerana bimbang jika namanya terpalit dalam sebarang urusan perniagaan yang melibatkan Adi Putra.

Beliau mendakwa, Adi Putra mengubah suai sijil nikah milik pelakon itu bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan namanya (Norshahida) di dalam sijil nikah tersebut.
NORSHAHIDA ZOLKIFLY menunjukkan laporan polis mendakwa bekas suaminya pernah membuat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka di Nilai, Seremban hari ini.

“Saya membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa itu disalah guna untuk tujuan lain,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, dia tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua tidak sah pada Julai lalu kerana bimbang berlaku pergolakan rumah tangga antara mereka berdua.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Utusan Online,

Catat Ulasan

0 Ulasan