Mahalnya nilai sekeping kertas (UPSR),Budak Menangis Tak Mampu Bayar Yuran

Mahalnya nilai sekeping kertas (UPSR),Budak Menangis Tak Mampu Bayar Yuran

Loading...
Kadang2 bila kita rasa kita dalam kesusahan
Kita rasa kita tak perlu peduli kesusahan orang lain
Walaupun kita susah.. tak salah membantu orang yang tengah kesusahan
Mungkin cara tu menjadi asbab Allah nak bagi kita ganjaran yang mungkin boleh buat kita keluar dari kesusahan kita.
Mahalnya nilai sekeping kertas (UPSR)
Asaalamualaikum
Tak tau nak mula ayat macam mana tapi nak jugak berkongsi cerita lepas.
Seawal pagi saya bersiap ke tempat keja,mengenangkan berkali kali pesanan anak ke 2 saya agar tidak lupa ke sekolah hanya untuk ada bersamanya menerima keputusan UPSR. Saya sekadar akur.
Terbayang2 akan post2 yang sering di kongsi di laman2 sosial amanah para ilmuan, saranan kepada para ibu ayah,agar memeluk anak2, walau apa pun keputusan yang anak perolehi, dan saya bekali2 mengingatkan diri sendiri agar tidak lupa melakukan itu.

Dari jauh jelas kelihatan anak saya duduk di kerusi bersama teman temannya menggosok kedua tapak tangannya berkali kali lalu menyapu muka,di ulang perbuatan sama beberapa kali,mungkin ketakutan. Dia menoleh mencari saya agaknya, saya melambai tangan isyarat bahawa yes mama datang,saya tersenyum lucu. 

Saatnya satu persatu nama dipanggil ke atas pentas sekolah,menerima slip keputusan masing2 ada drama suka dan duka,itu mungkin permandangan biasa bagi orang macam saya,namun bilamana nama anak saya disebut, hati saya berdebar2 pula,dari jauh saya lihat anak saya menerima slip keputusannya sambil mata menjeling sejenak,wajah yang redup sedari semalam semakin suram merenung lantai,langkahnya perlahan. 

sekeping kertas dihulur,ok saya hanya tersenyum dan ucap tahniah sambil merangkul bahunya (reaksi yang terbawa2 di facebook,dlm hati ini hanya Allah yg tahu ) tapi bukan itu yang hendak saya kongsikan disini .
Usai majlis penyerahan masing2 bersuafoto, kenangan sebelum meninggalkan sekolah rendah tak kurang waris merakam kenangan gelagat suka suka anak masing2.Guru2 merakam ucapan tahniah dan kata2 semangat.

saya..? ( Ah..tidak gemar merakam, bersuafoto atau apa2 yang berkaitan)
Saya berjalan pulang, ingin segera kembali ke tempat keja,anak meminta izin untuk pulang bersama2 saya anggukkan saja sambil menjeling angka jam di tangan, saya melangkah mendahuluinya.
Beberapa langkah diatur,mata saya menangkap satu sosok melintas dihadapan saya sambil menahan tangis teresak esak,mata merah berkaca,tubuh itu mengambil tempat disatu sudut ruang kosong didalam kelas tidak berpenghuni, menarik kerusi dan duduk sambil menundukan Kepalanya dilengan dan sekali lagi jelas kedengaran dia menangis (dlm hati saya bersangka ah.. mungkin sedih tidak lulus agaknya dia ) 

Saya ingin cepat,maka saya rasakan biarlah sosok itu melepaskan rasa yg membelenggu dengan caranya sendiri,bukan urusan saya pun untuk ambil tahu.Tiba2 saya disapa seorang guru bertanyakan keputusan anak saya perolehi dan saya sekadar menjawab "boleh la.. " sekadar senyum. Langkah di atur lagi namun kali ini anak saya memanggil dari belakang minta tunggu sebentar gurunya inggin melihat slip keputusannya dan saya akur lagi.(dlm hati.. apa yang cikgu tu nak tengok lg? keputusannya biasa biasa saja kot ).
Sedang saya berdiri di satu laluan di kaki lima sosok yang saya lihat tadi muncul lagi dia melintas dihadapan, saya dapat lihat dia sedang merenung kawan2 dari jauh sambil tangan mengesat mata,dan jelas itu air mata.

Tanpa sedar anak saya muncul,mngkin dapat dibaca apa yang saya sedang fikirkan. "kesian dia mama,tak dapat ambil keputusan sbb tak bayar yuran" .

Saat mendengar itu entah apa yang saya rasa, keliru..mana mungkin anak itu dinafikan haknya hanya kerana masalah orang2 dewasa.
Sebentar tadi saya merasa lega dengan arahan tidak ada majlis untuk meraikan dan pengumuman pelajar2 cemerlang dihadapan semua pelajar lain, kerana tidak mahu ada rasa kecewa dihati ini, tapi diwaktu yang sama dihadapan saya ada satu sosok yang langsung tidak dipanggil namanya naik ke pentas walau hanya sekadar menerima se "SALINAN" keputusan untuk dibawa pulang bagi tatapan ibunya.

"mama..amir nak tolong dia,tapi tak tau nak buat apa ? Kesian dia mama,kesian dia".
Aduh anak oi...mama pun dah cukup gawat ni,mana nak kisah hal anak orang lain pulak lagi. Tapi malu kat anak pulak kalau tak cuba buat sesuatu. 
Saya langsung menghampiri anak itu bilamana dia kembali duduk didalam kelas kosong itu.

Saat bahunya dipegang dia menoleh dengan satu pandangan yang sukar untuk saya terjemahkan dengan perkataan,hanya Allah saja yang tahu betapa naluri seorang mak mak ini memahami gelodak hatinya, remuk jiwanya, celaru mindanya.
"kenapa menangis? Boleh mak cik tolong? ". 
Dia sekadar menggeleng 

"dah dapat tahu keputusan? "
dia menggeleng lagi.
"jom Kita p ambik keputusan" 
saya cuba menarik tangannya tapi dia menolak dengan baik
"tak pa mak cik esok mak saya mai ambik". anak itu bersuara perlahan dan sayu.
"jom ikut mak cik jumpa cikgu" (sebenarnya saya dah tak tau nak cakap apa lagi )
Dia geleng lagi "saya tak bayar yuran lagi " 

anak itu bersuara dalam esak,air matanya laju ketika menyebut perkataan(tak bayar yuran) itu. Sungguh hati saya sebak melihatnya begitu.

"tak apa,mak cik bayarkan,jom kita pi ambik sekarang ".
Ini memang betul2 gila, entah dari mana datangnya kekuatan itu sedangkan dalam poket betul2 ada RM10 saja (dalam hati mana nak cari duit ni)
"tak pa la makcik.. banyak" dia menolak lagi. 
"mama ada duit 200 lebih dak?". Anak saya entah muncul dari mana.
Saya menarik tangan anak saya dengan isyarat Kita sembang kat luar,nanti budak tu dengar. 

"200 lebih ?" Saya menelan liur.
"ha.. Yuran dia RM249, amir pi tanya dah ".
Dia merenung saya minta ihsan, matanya penuh harapan "tolong la ma.. nanti amir bayar balik ".(dia mempertaruhkan sesuatu yang mungkin mustahil bagi umurnya iaitu bayaran balik.). Tangannya menghulur sekeping wang kertas mungkin kecil nilainya diluar sana.
"mana dapat duit? ".

"cikgu bagi sebab sains dapat elok ".
Mulianya hatimu cikgu.
Kali ini saya pulak yang panik, bagi saya ibu kepada anak2 yang masih kecil, jumlah itu agak banyak dan sukar untuk dicari dengan kadar segera. Saya buntu seketika,tapi anak ini tidak boleh dibiar pulang hampa.
Saya masuk ke kelas semula, Allah, anak itu sudah tiada.saya fikir dia mendengar perbualan kami, mungkin juga tidak mahu menyusahkan orang lalu dia pergi.
"mana dia,mana dia?,cari cepat " Saya menjerit pada anak saya.
Tanpa jawapan saya lihat anak saya berlari entah kemana.
Seketika berlaku anak saya muncul dengan seseorang dibelakangnya.
Saya menghela nafas lega.
Benarlah Allah itu maha pengasih lagi penyayang disaat kita ingin membantu Allah jua sedang membantu.
Dengan bantuan dari seorang rakan saya dapat jelaskan bayaran tertunggak (anak) tersebut dan.. ya anak saya lah yang bersungguh2 bantu menguruskan hal2 itu, saya sekadar memandang dari jauh anak tadi menerima slip keputusannya beserta sijil2 berkaitan. Saat dia memegang itu saya telah hilang kawalan air mata,mencurah2 tanpa berselindung lagi.
Anak tadi menghampiri saya, menghulur salam dan mengucapkan terima kasih,tangannya menghulur slip keputusannya kepada saya entah mengapa dia berbuat demikian.
Saya sambut sekeping kertas itu dan saya lipat.

"balik tunjuk kat mak,jadi anak yang baik, usaha bersungguh2".
Hati ini ingin sangat melihat apa keputusannya, tapi biarlah penghormatan itu diberikan kepada ibunya. 

Kalau dirakam percakapan kami mungkin orang tak akan faham, kerana saya bercakap dalam nada sendu, buruk bebenar dan aneh bunyinya,tapi anak itu seolah olah mengerti pula.
Hanya sebentar tadi,sekadar permainan psikologi saya mengucapkan tahniah kepada anak saya atas pencapaian UPSRnya tapi saat dia mempamerkan ihsan kepada rakan sebayanya saya jadi kagum dan bersyukur kerana nilai insan yang dimiliki mengatasi nilai gred yang diperolehinya.

Tahniah anakku.>

Juga sebentar tadi saya sekadar merangkul bahunya mengucap tahniah, kini ingin sekali saya memeluknya sepenuh hati menyatakan rasa syukur dan terima kasih kerana menyedarkan saya setiap anak ada istimewanya dan nilai yang tersendiri.
Tidaklah saya bercerita untuk bangga diri semata ,tidak juga menonjolkan diri sebagai wira,saya manusia biasa yang masih berusaha melakukan 3 hingga 4 kerja sehari, siang malam hanya untuk keluarga saya,saya tidak peduli urusan orang lain dan orang sekeliling, saya merasakan kehidupan saya sudah cukup2 sukar,tapi Allah telah perlihatkan masih ada yang lebih sukar.
Syukur saya banyak dibantu keluarga.
Hari ini anak kecil ini menjadi teguran buat saya,sebelumnya saya bekerja,berniaga sekadar niat hanya untuk keluarga semata, kini saya akan betulkan kebiasaan itu,pada rezeki saya mungkin ada bahagian orang lain,pada duit saya mungkin ada nama orang lain,pada harta saya mungkin ada hak2 orang lain. 

Saya menunggu ada untuk memberi sehingga saya lupa kepada yang Maha kuasa memberi.
Saya mempersiapkan anak2 sedaya mngkin,namun masih ada anak2 diluar sana yang tercicir.
Jangan lah dikecam anak ini, keluarganya,guru2nya mahupun sekolahnya,saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya masalah mereka hingga hal ini berlaku, biarlah kita menjadi sebahagian warga yang membantu tanpa syarat.
Mungkin ada yang tertanya tanya,kenapa tidak anak itu saya ikut pulang untuk melihat keadaan rumahnya dan keluarganya mungkin masih ada yang perlu dibantu.
Jujurnya saya baru terfikir akannya setelah sampai di tempat keja dan dalam tempoh itu saya hanya bermain emosi yang tak keruan hingga gagal berfikir dan bertindak ke arah itu.
Terima kasih tak terhingga kepada guru2 yang mendidik anak saya dan anak itu hingga menjadi seorang insan. Saya hanyalah seorang ibu kepada 8 orang anak yang sibuk berusaha bekerja mencari rezeki, saya percaya sedikit sebanyak nilai2 murni itu datangnya dari pendidikan di sekolah.

Apa yang saya kongsikan sekadar hanya untuk peringatan diri sendiri agar lebih mengambil peduli akan warga sekeliling,saya tidak kaya harta, Saya juga dibantu untuk membantu.
Mohon di doakan agar kita semua dimurahkan rezeki agar dapat bantu membantu sesama kita tanpa perlu menunggu para "Gergasi" mainkan peranan.
#Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang ketika menulis entri ini saya menerima perkhabaran 2 anak saya melepasi ujian kelayakan yang sukar dan telah diterima masuk ke sebuah maahad setelah hampir 2 tahun mencuba.syukur padamu ya Allah, sedikit yang diberi dibayar berganda.Alhamdulillah.
Penilaian saya pada kehidupan kini berbeza. Pengajaran yang saya dapat sangat beharga.
Hingga saat ini,bila ditatap gambar ini, air mata saya mengalir lagi.Sungguh Saya terkesan.
Sekian sekadar coretan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Ya Saya yang menulis : Dzul Faa

Catat Ulasan

0 Ulasan