Kenapa orang kelantan Tak boleh makan ikan ini Dan rebung

Kenapa orang kelantan Tak boleh makan ikan ini Dan rebung

Loading...
Kenapa orang kelantan Tak boleh makan ikan ini Dan rebung

AhlulBAit Nusantara adalah berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed Hussein JamadiKubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan (selatan India) (titihan dari syaidina Hussein as bi Ali KWJ), yang belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai ‘misi dakwah pada sekitar 1300M, yang mana di masa itu , di sebelah barat, Salahuddin AlAyubi (khalifahtul’mukmin) sedang berusaha menakluk Palastine dari tangan Yahudi.

YM Syed Hussein JamadilKubra belayar bersama dengan enam orang adik-beradiknya yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan di bumi kelahirannya, Deccan, kerana YM Syed Hussein JamadilKubra mempunyai 14 orang adik-beradik. Beliau merupaknan abang yang sulong dan kerana itulah keturunannya diberi dengan pangkal nama ‘LONG’ pada eranya yang bererti ‘SULONG’ atau anak yang sulong.

YM Syed Hussein JamadilKubra juga dikenali dengan nama ‘WALI TUJUH’ di kalangan masyarakat Kelantan dan Nusantara sampai sekarang ini. Daripada titihan bagindalah lahirnya zuriat keturunan Kesultanan AhlulBait Nusantara atau ‘Raja-Raja Melayu’.

Sebelum sempat mendarat di bumi berkat Tanah Melayu, YM. Syed Hussein JamadilKubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir ‘KARAM’ di laut sehingga YM baginda Syed Hussein JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah ‘rumah Allah’ (masjid)jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah ‘Karamah WaliAllah’ iaitu doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar Adtjeh) iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum’minallah) berupa sekawan ‘ikan kekacang’ @ kekacang fish’, telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.

Fenomena ini menjadi satu ‘keganjilan’ pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi.

Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi ‘petunjuk’ dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh ‘Betong’ yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan ‘umbut’ pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.




Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.

Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,YM Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi memakan ‘ikan Kekacang’ dan rebung buluh Betong.

Sesiapa yang melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal atau hilang ingatan. Sengaja YM Syed Hussein JamadilKubra mewasiatkan dua perkara itu supaya dapat dikenal akan keturunanya dan supaya anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di dalam sesuatu perkara dan jangan bermain-main dengan ‘WASIAT’ atau amanah. bagai tanda menghormati dan menghargai ‘pertolongan’ yang telah diberi oleh Allah melaui ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.Realiti daripada peristiwa ‘Karam Di Laut’ itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.





Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersma tujuh saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil ‘Bukit Panau’. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara ‘Suluk’ (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan ‘kekeramatan’ wali-walinya.

Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menuimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah ‘petir’ yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah ‘Tudung Saji’. Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan ‘KILAT..KILATAN’ sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.

Selepas peristiwa cahaya ‘Tudung Saji’ itu, YM Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga ‘keberkatan negeri Kelantan’ yang baru ‘disucikan’ oleh YM Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.

Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan AhlulBait yang utama di Nusantara ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).

Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai ‘Sang AdiPutera’ merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu.

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADA BUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
Beliau ketua Wali 7.
Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.
WALI 7

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdir bahawa keturunan Rasulullah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Wallahualam….

Sumber : Friscomedia

Catat Ulasan

0 Ulasan