‘RUMAH UNTUK DISEWA, ORANG ISLAM SAHAJA’ salahkah?Ikuti Penjelasannya

‘RUMAH UNTUK DISEWA, ORANG ISLAM SAHAJA’ salahkah?Ikuti Penjelasannya

Loading...
‘RUMAH UNTUK DISEWA, ORANG ISLAM SAHAJA’ salahkah?Ikuti Penjelasannya

Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat tidak salah jika pengusaha kedai dobi meletakkan tanda ‘untuk orang Islam sahaja’


BANGI, 25 Muharram 1439H, Ahad – Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut ‘Orang Islam Sahaja’? Demikian persoalan yang diketengahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, ketika mengulas mengenai isu kedai dobi untuk muslim sahaja yang hebuh diperkatakan baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada kebanyakan orang Islam yang keberatan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana tidak mahu haiwan serta daging yang haram disentuh dan dimakan umat Islam.

“Demikian juga, kebanyakan orang Islam keberataan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak mahu anjing masuk ke dalam rumah mereka atau makanan yang mengandungi daging babi di bawa masuk ke dalam rumah mereka atau mereka tidak mahu daging babi atau makanan yang mengandungi daging babi diletak di dalam peti ais mereka, jika ia disediakan.

“Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut “Orang Islam Sahaja”?

“Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama,” katanya

Catat Ulasan

0 Ulasan