Loading...
Keadaan kesihatan wartawan yang juga blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidik semakin pulih selepas diserang angin ahmar atau strok sekitar Jun 2014.
Berita menggembirakan itu disahkan oleh rakannya menerusi laman Facebook selepas memuat naik gambar beliau bersama Pengkaji Paranormal Malaysia 'Penyingkap Fakta'.
Mazidul dilihat cukup sihat, berpakaian baju Melayu berwarna hijau lumut, lengkap bersongkok, ketika memeriahkan majlis perkhawinan adik iparnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Mazidul dilihat cukup sihat, berpakaian baju Melayu berwarna hijau lumut, lengkap bersongkok, ketika memeriahkan majlis perkhawinan adik iparnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.
"Kami tetap bersama dan kekal utuh..qadaq dan qadar harus diterima..ujian Allah harus dihadapi dengan keimanan yang kuat...Terima kasih sahabat yang banyak mendoakan sahabat saya Mazidul Akmal", kata rakannya dipetik melalui Facebook Penyingkap Fakta.
Isuterkini, berkesempatan untuk menziarah Mazidul Akmal sidik.
Isteri beliau, Fazlin berkata beliau tidak pernah berputus asa dalam membantu memulihkan suaminya, yang diketahui umum pernah menjadi aset stesen tv swasta, TV3.
Ibu kepada dua anak itu menambah beliau yakin suaminya akan pulih seperti sedia kala.
Ibu kepada dua anak itu menambah beliau yakin suaminya akan pulih seperti sedia kala.
berkongsi perkembangan kesihatan Mazidul, Fazlin berkata Mazidul semakin aktif dan perkembangan kesihatannya berada pada tahap yang amat baik.
Biarpun Mazidul masih menggunakan kerusi roda, perkembangan itu adalah jauh lebih baik daripada sebelumnya, ujar Fazlin.
Bekas pengacara proram 999, terbitan Tv3 itu juga sudah mampu berdiri dan berjalan menggunakan tongkat, sebagai alat sokongan.

"Jika sebelum ini lihat dia baring atas katil, tapi alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua, kini keadaannya jauh lebih baik apabila sudah mampu mengerakkan anggota badannya, bangun dan duduk bagaimanapun pergerakannya masih agak terbatas.
“Saya bersyukur melihat perkembangan kesihatannya dan amat yakin dia akan pulih dan kembali menjalani kehidupan normal tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui Isuterkini.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan suaminya dan mereka yang tidak putus memberi semangat dan terus berdoa agar kesihatan Mazidul kembali pulih seperti biasa.
sumber:isuterkini
0 Ulasan
jerit kat sini