Misteri Aneh Lembaga Hantu Berjaya Di Rakam Channock,England

Misteri Aneh Lembaga Hantu Berjaya Di Rakam Channock,England

Loading...

model slender man yang dibina semula berdasarkan
dakwaan saksi


Misteri penampakan hantu Slender Man pernah menjadi bualan hangat disekitar 80 an yang bertanggungjawab terhadap kehilangan ramai kanak-kanak dan didakwa muncul hampir disegenap pelusuk dunia.



Terbaru ianya muncul kembali kini di Cannock Chase in Staffordshire, England,

4 laporan penampakan hantu setinggi 8 kaki dikatakan muncul dikediaman penduduk dan menganggu ketenteraman mereka. Pye Green, Rugeley,


Christine Hamlett dan seorang lagi individu mendakwa mereka didatangai hantu yang memiliki ketinggian luarbiasa, berwarna hitam dan berkepala bulat yang terkenal dengan gelaran Slender Man.

Masing-masing memberikan laporan terperinci dan konsisten antara satu sama lain.





Misteri penampakan hantu Slender Man


Seorang penyiasat Slender Man iaitu Lee Brickley berkata, mangsa yang didatangi hantu ini akan terasa lumpuh.

Ia berlaku ketika mangsa seperti terjaga dari tidur dan dapat melihat sekeliling walaupun pada dasarnya mangsa dalam keadaan masih tidur dan terasa sesuatu yang menimpa badan mereka.



Slender Man dikatakan pernah muncul hampir diseluruh dunia dan beberapa tempat memberikan gelaran yang berbeza seperti di Scotland ianya digelar Fear Dubh (The Dark Man),

di Belanda digelar Takkenmann (Branch Man) dan di Jerman digelar der Grosse Man (Tall Man).

Slender Man juga dikatakan bertanggungjawab terhadap kehilangan kanak-kanak yang cukup popular disekitar 80 an.





Walauapapun gelarannya, makhluk pelik atau hantu yang terkenal dengan gelaran Slender Man kekal misteri hingga kini dan penampakannya direkodkan pernah muncul diseluruh dunia masih belum terjawab dengan jelas.






Catat Ulasan

0 Ulasan